Game apa pula yang akan diumumkan oleh Square Enix ini?

Square Enix sekali lagi sedang bermain dengan perasaan kita. Terbaru, sebuah laman web telah dilancarkan dengan mengacah para peminat dengan sebuah game mobile baru.

Apa yang dihidangkan di laman web ini adalah hanya mengatakan sebuah projek baru daripada syarikat itu, countdown kepada suatu masa dan senjata-senjata ikonik daripada game-game keluaran mereka sebelum ini, iaitu Nier: Automata, Legend of Mana, Secret of Mana, Romancing SaGa, dan Romancing SaGa: Minstrel Song.

Countdown yang dipamerkan di laman web itu akan berakhir pada hari Rabu ini, 3 petang (waktu Malaysia).

Selain itu, kata-kata yang tertera pula adalah “senjata-senjata legenda akan berkumpul di sini daripada karya-karya agung Square Enix! Satu projek baru untuk game telefon pintar bermula!”

Apalah agaknya game mobile yang akan diumumkan oleh Square Enix nanti? Apa pendapat korang?

Comments

comments