Game Klasik WipEout Versi Remaster – WipEout Omega Collection Diumumkan!

WipEout Omega Collection telah diumumkan di PlayStation Experience semalam – akan menampilkan versi remaster bagi WipEout HD, WipEout Fury dan WipEout 2048.

23698

Ketiga-tiga game tersebut akan diterbitkan dalam resolusi 4K dan HDR dengan kelajuan 60fps!

Akan ada 9 mode untuk dimainkan, 26 trek lumba berlainan, dan 46 kenderaan untuk dipilih. Mode mainan online dan local multiplayer juga akan tersedia.

WipEout Omega collection dijangka akan diterbitkan antara bulan Julai – Ogos nanti.

Comments

comments