Pejam celik pejam celik, kita sudah sampai ke penghujung tahun 2017. Berikut adalah game-game terbaik dimainkan oleh kitorang!

Tahun 2017 adalah tahun penuh dengan pelbagai saat-saat pahit manis gaming sama ada dari segi pelancaran konsol baru iaitu Nintendo Switch ataupun kontroversi microtransactions yang diterapkan ke dalam siri game terkenal yang menaikkan kemarahan para pemain.

Kami di JomGaming turut merasai kemeriahan industri gaming di Malaysia pada tahun ini apabila PlayStation Experience SEA 2017 diadakan buat pertama kali di Kuala Lumpur dan festival CyberFest 2017 menyambut komuniti pemain serta mendekatkan lagi hubungan masyarakat umum bersama industri game Malaysia.

Untuk melabuhkan tirai tahun 2017 yang gempak ini, kami kumpulkan 11 game-game dilancarkan pada tahun ini yang menjadi pilihan para penulis kami sebagai Game Terbaik 2017. Jom baca!

Zack Salleh – Divinity: Original Sin 2 (PC)

Divinity: Original Sin 2 merupakan salah satu keluaran terbaik bagi genre RPG dan ianya setanding dengan klasik-klasik seperti siri Baldur’s Gate, Fallout 2 dan juga Planescape: Torment. Ianya direka dengan penuh ketelitian, dari persekitaran, watak utama serta sampingan, muzik latar, lakonan suara, sistem pertarungan, semuanya menerima sentuhan yang cukup teliti. Apa yang lebih menarik, biasanya RPG sebegini tidak mempunyai kebolehan multiplayer tapi Larian Studios telah berjaya membuat sistem multiplayer yang cukup menyeronokkan bagi pemain-pemain.

Jika korang sukakan RPG dan mempunyai PC, pastikan korang mencubanya.

Faiz Tobeng – Hellblade: Senua’s Sacrifice (PC, PS4)

Hellblade: Senua’s Sacrifice benar-benar telah mengubah pandangan penulis tentang bagaimana sesebuah game boleh memberi kesan kepada para gamers. Ia telah meletakkan satu titik penanda aras bagaimana sesebuah video game mampu membantu dalam sesuatu perkara, dan dalam situasi game ini, ia telah menyajikan kepada kita untuk merasai secebis perasaan dan pengalaman mereka yang mengalami sakit mental, Psikosis.

Itulah yang membuatkan game ini begitu unik. Ia membawa para pemain untuk menyelami, mendalami dan merasai sendiri bagaimanakah perasaan dan pengalamannya menjadi seorang yang mengalami Psikosis. Dan bagaimana Ninja Theory, pembangun game ini, menyampaikan seorang yang mengalami Psikosis ke dalam game ini adalah sangat mengagumkan. Melalui kehadiran mayat-mayat tergantung dan bergelimpangan, bisikan-bisikan yang seram, persekitaran yang sunyi dan suram, permainan mata dan ilusi yang berat, permainan audio yang menakjubkan – ia membuatkan game ini, bagi penulis, adalah antara Game Terbaik sepanjang tahun 2017.

JomBaca: Hellblade: Senua’s Sacrifice: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Danial DaxZuher – Doki-Doki Literature Club (PC) 

Penulis memilih game ini kerana pertama, mahu berehat dari bermain game menembak (tak lama) dan kedua, kerana mahu mencuba game visual novel kerana ini merupakan game visual novel pertama penulis. Permainan akan dimulakan dengan karakter utama (nama pemain) yang perlu memilih antara empat gadis ini, yang mana satu pemain mahu meluahkan rasa cintanya kepada gadis yang disukai dengan cara menulis puisi berdasarkan sifat-sifat mereka. Pada awal permainan nampak seperti game biasa, namun apabila sampai di pertengahan, sesuatu yang pelik mula berlaku. Penulis mula melihat sisi-sisi gelap keempat-empat karakter dan game ini mula kelihatan seakan-akan rosak. Serta game ini juga menggunakan elemen fourth wall seperti Undertale di mana bukan pemain mainkan permainan itu, tapi permainan itu memainkan pemain.

Jika korang peminat game visual novel dan anime, korang boleh cuba game ciptaan Team Salvato ini di Steam.

Sarah Akirien – Tekken 7 (PS4, PC, Xbox One)

Sebagai seorang pemain FPS tegar, Tekken 7 mempunyai pelbagai prinsip yang penulis boleh samakan berbanding dengan Fighting Game (FG) lain. Tekken 7 juga lebih senang untuk pemain baru berjinak-jinak ke dunia FG. Kelainannya dari FG yang lain ia adalah 3D-space dan pergerakan serta pukulan mempunyai cara tertentu untuk di-block dan counter.
Cara bermain satu karakter boleh mencecah beratus set up dan unik kepada cara pemain nya sendiri. Combo beratus memanglah tak dapat tetapi cara set up gaya setiap pemain unik sama ada mahu main secara defensif, pasif atau laju.

Walaupun tidak mempunyai build-up super/ulti, Tekken 7 mempunyai rage-art dan rage-drive apabila nyawa rendah mampu menukarkan arus perlawanan tersebut. Tekken 7 juga merupakan game e-Sport yang mendapat sambutan yang hangat di dalam arena kompetetif. Malah kita juga mempunyai professional players dari Malaysia yang berlawan di dalam pertandingan di mata dunia.

BigBoss – PlayerUnknown’s Battlegrounds, Fortnite Battle Royale & LawBreakers

2017 adalah tahun menarik untuk shooter games. Game-game besar seperti Destiny 2, Call of Duty: WW2, Wolfenstein II: The New Colossus, Prey, Splatoon 2, Quake Champions dan Battlefront 2 mungkin mempunyai bajet pemasaran yang cukup besar untuk meracun penggemar game-game shooters untuk membeli game AAA mereka. Bagaimanapun, secara peribadinya, penulis jatuh hati dengan tiga game shooter berikut:

  • PlayerUnknown’s Battlegrounds (PC, Xbox One)

PUBG bukanlah game pertama yang menampilkan mode Battle-Royale, tapi ia adalah game yang menjadikan game mode ini kegilaan dunia! Premis yang cukup simplistik – 100 orang terjun ke sebuah map, hanya seorang yang akan pulang membawa ayam untuk makan malam. PUBG berjaya merubah konsep shoot’n’loot game-game shooter terdahulu kepada loot’n’shoot, lalu menjadikan game mode ini lebih mencemaskan dan semestinya lebih memuaskan apabila pulang sebagai juara.

  • Fortnite: Battle Royale (PC, Xbox One, PS4)

Bermula sebagai game PvE di dalam dunia apokalips dipenuhi zombie, Fortnite tampil dengan mode PvP Battle Royale juga! Pada ketika PUBG hanya boleh dimainkan di PC, gamers di konsol terus menyerbu Fortnite:BR bagi merasakan keseronokan dan kecemasan dalam game mode Battle Royale. Walaupun berkonsep sama seperti PUBG, satu keunikan yang dibawa Fortnite:BR adalah kebolehan membina dinding dan kubu, lalu menjadikan game ini LEBIH puas dan menyakitkan hati!

  • LawBreakers (PC, PS4)

Kalau korang penggemar game-game fast-paced arena shooter lama seperti Quake dan Unreal, LawBreakers menampilkan sesuatu yang telah lama hilang dalam dunia shooters masakini yang kononnya pseudo-taktikal, realistik dan berpijak pada dunia nyata. Lawbreakers adalah shooter yang laju dan menggila, dan ianya suka dilabel sebagai game yang sukar dimainkan dengan hashtag #skilledAF. Sayangnya, mungkin ianya TERLALU sukar untuk gamer casual, ianya kurang mendapat sambutan. Hanya main kalau korang minat suasana peperangan kacau-bilau, dengan peluru dan musuh melayang, bersimpang-siur di sekeliling.

Intan Zarthana – Gravity Rush 2 & Horizon Zero Dawn 

Sebagai salah seorang peminat tegar PlayStation, tahun ini PlayStation berjaya membuktikan bahawa game single-player masih lagi diminati ramai (tak mati lagilah, EA) dan membangunkan game-game cukup berkualiti tinggi. Antara game eksklusif PlayStation yang saya sempat bermain tahun ini adalah Gravity Rush 2, Horizon Zero Dawn dan Uncharted: The Lost Legacy (yes, girl power!). Namun, dua game di bawah merangkul game terbaik pada tahun 2017 bagi saya:

  • Gravity Rush 2 (PS4)

Korang mungkin sudah terlupa yang Gravity Rush 2 keluar pada tahun ini pada awal bulan Januari 2017 tapi game ini adalah sekuel benar-benar berjaya menaikkan lagi tahap keseronokan yang saya alami semasa bermain Gravity Rush 1. Gravity Rush 2 memberikan masa bermain lagi lama dengan banyak story mission dan side mission iaitu sebanyak 20 jam lebih panjang berbanding game sebelum ini. Selain itu, game ini menampilkan lagi lebih ramai karakter-karakter baru yang tinggal di penempatan baru seperti Banga dan Jirga Para Lhao.

Lebih menarik lagi, Gravity Rush 2 masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang membuatkan game ini ikonik seperti pelbagai kuasa Kat melawan graviti, eksplorasi landskap open-world yang cukup besar dan cantik menjadikan gameplay tidak bosan, didorong dengan penceritaan gaya cel-shaded unik kepada game ini. Inilah sekuel yang berjaya menaikkan taraf siri game ini sekaligus berjaya menjadi Game Terbaik bagi saya.

JomBaca: Gravity Rush 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

  • Horizon Zero Dawn (PS4)

Dunia ini bukan lagi milik kita apabila Horizon Zero Dawn membawa kita 1,000 tahun ke hadapan apabila tamadun moden sudah tiada lagi dan digantikan dengan kehidupan berburu seperti di tamadun purba. Game ini membawa nafas baru kepada game open-world besar dengan menggabungkan elemen moden dan purba. Selain itu, korang bermain sebagai Aloy, seorang gadis yang dipulaukan oleh orang ramai tetapi akhirnya menjadi seorang Seeker lalu Aloy mengembara ke setiap pelusuk kampung dan berlawan dengan busurnya bagi mencari kebenaran kehidupan dia sendiri dan orang sekelilingnya.

Horizon Zero Dawn merupakan IP asal dibangunkan selama lima tahun oleh Guerrilla Games dan berjaya menangkap perhatian para pemain dan juga para pembangun game! Keunikan campuran open-world terbentang luas ditambah dengan pelbagai jenis robot dinosaur dari kecil seperti Watcher dan paling tinggi seperti Tallneck untuk diburu dengan mekanik gameplay mengikut citarasa tersendiri pemain. Oleh sebab itu, Horizon Zero Dawn serta merta menjadi pilihan ramai para pemain dan juga saya sebagai Game Terbaik tahun 2017.

JomBaca: Horizon Zero Dawn: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kaiz Amari-Tai – Nioh (PC, PS4) & Persona 5 (PS4, PS3)

Nioh membawa pemain ke zaman Edo dimana korang mengawal pengembara mat saleh bernama William melawat Jepun untuk menyelesaikan misteri yang berlaku pada tempat tinggal beliau dan di bawa ke Jepun. Dengan game berasaskan siri Dark Souls, ianya dikenali sebagai game ‘tiada belas kasihan’ (anda mati, semua “duit” anda ditarik balik dan anda diberi peluang sekali sahaja untuk mendapatkan ianya balik), tetapi pelbagai pilihan senjata secara tidak langsung memberi corak game yang unik dan memberi banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah.

Tambahan pula, dengan pilihan sama ada Action mode (grafik kurang tetapi memberikan game berjalan dalam 60 fps setiap masa) dan Movie mode (grapfik memukau mata tetapi game berjalan dalam 30fps) dengan jalan cerita menarik (bayangkan mat saleh berkomunikasi dengan orang Jepun) serta boss yang mengancam untuk ditempuhi. Kesemua aspek ini menjadikan Nioh salah satu game tahun 2017 yang patut anda main walaupun sekali.

JomBaca: Nioh: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Persona 5 adalah game terbaru bagi siri RPG yang asalnya dari siri RPG Shin Megami Tensei yang unik dengan pengumpul syaitan (anggapkan ianya macam Pokemon versi gelap) dan jalan cerita yang penuh dengan ton gelap. Dari segi grafik, grafik pada Persona 5 dengan sendirinya membuatkan pemain teruja dengan Persona 5. Dari menu, efek serangan, corak ‘syaitan’, rupa karakter dari protagonis ke antagonis, ditambah pula dengan musik yang melekat telinga dari babak lawan, babak cerita dan babak suspens dilakukan dengan begitu baik sekali.

Persona 5 adalah salahsatu game 2017 yang pemain tidak berasa bosan walaupun beberapa kali main dan tidak lupa juga bahawa anda perlu main beberapa kali untuk
memberi konklusi yang sebenar dalam dunia Persona 5 ini. Oh, tidak lupa juga Persona 5 juga dipasarkan dalam versi ‘complete’ dimana ianya tiada Season Pass, story expansion pass DLC, Lootbox dan lain-lain benda untuk mengaut keuntungan yang banyak berleluasa dalam kebanyakkan permainan video bertaraf ‘AAA’ sekarang ini.

JomBaca: Persona 5 : Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dengan itu, inilah senarai game-game yang berjaya menawan hati kami sepanjang tahun 2017. Korang setuju ke dengan senarai pilihan game terbaik kami atau korang rasa ada game tak termasuk dalam senarai ini yang layak dinobatkan menjadi game terbaik tahun ini? Kongsikan game kegemaran korang untuk tahun 2017 bersama kami!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.