Sudahkah anda bersedia? Inilah dia Game Terbaik 2016 pilihan kami di JomGaming!

Tahun 2016 telah membawakan pelbagai kenangan suka duka kepada dunia gaming amnya, dan kepada Team JomGaming khususnya. Kami telah mencuba, bermain, membuat review dan menghabiskan pelbagai game dari bermacam platform, studio dan genre.

Dan bagi menutup tahun 2016 yang penuh menghiburkan ini, kami persembahkan kepada anda, Game-Game Terbaik 2016 pilihan penulis-penulis JomGaming. Jom baca!

Afiq Phirinko – Final Fantasy XV (PS4, XB1)

Walaupun game ini mempunyai beberapa kekurangan yang amat jelas, tetapi game ini begitu mengasyikkan! Game ini mempunyai sistem pertarungan yang begitu efektif sehingga saya sukar untuk berpisah dengan game ini! Selain itu, saya juga suka interaksi antara karakter-karakter utama game ini, kita dapat rasakan yang mereka ini satu karakter yang hidup dan realistik!

Ditambah pula dengan gelagat mereka sepanjang game, anda dapat rasa yang game ini seperti satu road trip yang panjang, namun dekat di hati pemain. Dengan ini, Final Fantasy XV adalah game yang saya paling enjoy untuk tahun ini.

JomBaca: Final Fantasy XV: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kaiz Neptune-sama – Overwatch (PC, PS4, XB1)

Overwatch terus diminati ramai kerana perwatakan karakter yang menarik, gameplay yang simple dan senang difahami tidak kira dari sebarang golongan gamer sekalipun.

Sebaik sahaja game ini keluar di pasaran dan mendapat reaksi yang teramat positif, terdapat pelbagai doujin, AMV, fanarts, cosplay Overwatch, dan macam-macam lagi sudah tersebar di Internet dan juga dunia sebenar. Sehinggakan pemain pro DotA dan LoL juga ada yang beralih ke Overwatch!

Untuk game-nya pula, setiap karakter yang unik dalam game ini bukan hanya hiasan. Korang boleh cuba merasa dan bereksperimen dengan karakter yang sesuai dengan stail mainan  korang. Menurut Blizzard, setiap corak permainan karakter ini adalah inspirasi dari video game yang lain. Anda adalah pemain Call of Duty? Soldier 76 jadi pilihan anda. Anda suka Quake? Pharah pilihan anda. Anda suka Titanfall? D-Va adalah pilihan anda dan macam-macam lagilah. Disebabkan setiap karakter mempunyai peranan dan stailnya yang tersendiri, ianya memberikan pemain kebebasan untuk bermain mengikut citarasa mereka yang tanpa had.

JomBaca: Overwatch: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Azhar Yusof – Darkest Dungeon (PC, PS4)

Secekal mana seorang pemain itu, Darkest Dungeon bakal mencabar dan menggugat kesabaran korang. Bersedia untuk kehilangan hero-hero kegemaran korang dalam setiap pertarungan. Jika terselamat, bersedia untuk menghadapi masalah-masalah lain seperti penyakit dan malapetaka.

Darkest Dungeon akan memaksa pemain untuk menimbang kira setiap taktik dan melakukan pengurusan teliti dari pelbagai segi. Direka dengan bijak dan visual yang menarik, keluaran Red Studios ini sememangnya sesuai untuk mereka gemarkan cabaran ekstrim. Siapa kata jadi hero itu mudah?

Bomoh Hafeez – Dark Souls III (PC, PS4, XB1)

Sebuah penamat untuk trilogi yang mengasyikkan. Umpama bercinta dengan seorang wanita yang cantik dan kejam, aku hampir tidak boleh berhenti bermain Dark Souls 3 ini. Walaupun penat ditampar, dibunuh, jatuh gaung, diganggu oleh “invader” pemain lawan dan pelbagai lagi, namun begitu sukar untuk aku berhenti bermain game ini sehinggalah mencapai Platinum Trophy yang diidamkan.

Mengapa game ini menjadi pilihan Game Terbaik 2016? Bagi aku mudah, ia menggabungkan apa yang terbaik dari dua edisi Dark Souls yang sebelum ini dan gabungan ini tepat memberikan suatu game yang hampir sempurna bagi aku. Ia juga merupakan entri terakhir untuk siri Dark Souls ini dan ini merupakan ucapan salam terakhir dari Fromsoft kepada peminat siri ini.

JomBaca: Dark Souls III: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Danial DaxZuher – Deus Ex: Mankind Divided (PC, PS4, XB1)

Hitam dan emas. Warna yang tidak asing lagi dalam dunia Adam Jensen yang penuh dengan cabaran dan konspirasi. Kempen Deus Ex: Mankind Divided berlangsung pada tahun 2029. Tiga tahun selepas insiden “Aug Incident” dalam Deus Ex: Human Revolution, insiden di mana manusia augmentasi secara tiba-tiba bertukar menjadi tidak terkawal dan bertindak ganas menyerang manusia. Kesan dari insiden itu telah mengakibatkan berlakunya perpecahan antara manusia biasa dan manusia augmentasi.

Kali ini, protagonis, Adam Jensen bekerja dengan pasukan unit khas Interpol, Task Force 29 dan secara rahsia berkerja dengan Juggernaut Collective dalam membongkar kejahatan musuh dalam selimut iaitu Illuminati.

Saya memilih Deus Ex: Mankind Divided kerana corak permainannya yang memberikan kebebasan kepada pemain untuk menyelesaikan misi, sama ada melalui stealth, combat, hacking atau social interactions. Apabila pemain berinteraksi dengan karakter lain, pemain perlu bijak memilih dialog kerana setiap pemilihan dialog atau tindakan yang pemain lakukan akan memberikan kesan yang berlainan kepada perjalanan cerita.

Terdapat penambahbaikan untuk combat gameplay terutamanya dari segi cover system di mana mereka mungkin mengambil inspirasi dari game Watch Dogs. Senjata boleh diubahsuai pada bila-bila masa dan paling best ada beberapa kuasa augmentasi baru yang boleh pemain cuba. Sememangnya, Deus Ex: Mankind Divided adalah antara video game terbaik untuk tahun 2016.

Liza Langkasuka – Dishonored 2 (PC, PS4, XB1)

Bukan satu tetapi ada dua protagonis korang boleh pilih, masing-masing dengan dialog dan jalan cerita sendiri. Mainlah dengan kuasa baru Emily atau kuasa klasik Corvo atau main dengan tiada kuasa langsung! Setiap pilihan korang buat boleh menukar keadaan dunia dengan secara drastik. Pandai-pandailah bila korang mencuri, membunuh atau membiarkan musuh itu hidup!

Tidak ada dua gamers yang boleh mendapat pengalaman yang sama oleh sebab cara gameplay menggalakkan korang berfikir secara kreatif. Game hasil karya Arkane Studios ini dipecahkan mengikut misi dan bukan open-world, tetapi setiap bab adalah sangat besar dan dipenuhi dengan suasana dan sudut tersorok untuk gamers terokai. Amat disyorkan untuk mereka yang suka bereksperimen!

JomBaca: Dishonored 2: Boleh Beli or Boleh Blah?!

Sarah Akirien – Overwatch (PC, PS4, XB1)

Antara sebab utama kenapa Overwatch dipilih sebagai Game Terbaik 2016 adalah ia merupakan sebuah game kompetitif yang mempunyai nafas baru, lain daripada game mainstream eSports yang bertanding di kejohanan-kejohanan besar dunia. Bukan senang untuk memecah rekod CS:GO atau DotA 2, serta dpt menarik perhatian orang ramai untuk bermain secara casual atau kompetitif.

Contohnya, saya ada juga memasang channel 808 di Astro dan lepak bersama keluarga menonton, mereka juga rasa terhibur dan senang faham dengan gameplay-nya. Game ini juga dapat mengasah bakat baru pemain tempatan kita untuk bertanding di peringkat dunia.

Faiz Tobeng – Uncharted 4: A Thief’s End (PS4)

Apabila memainkan game ini, penulis mengerti, mengapa ia telah ditunda dengan sebegitu banyak sekali. Jalan cerita, gameplay, grafik, dan segala elemen yang cukup untuk membuatkan Uncharted 4: A Thief’s End hampir kepada sebuah video game yang sempurna.

Jika ditanya apakah satu bahagian atau aspek yang membuatkan game ini menjadi pilihan penulis sebagai Game Terbaik 2016 adalah elemen menyentuh perasaan yang dimainkan oleh Naughty Dog. Setelah berjaya bermain dengan emosi para pemain dalam The Last of Us, studio ini telah membawakan elemen ini ke dalam siri Uncharted pula – dan ternyata ia telah menyempurnakan serta melengkapkan pengakhiran kepada siri ini.

Nostalgia Nathan Drake bersama abangnya Sam, menceritakan kisah ibu bapa mereka, bermain konsol klasik PlayStation, dan ending-nya yang cukup mengasyikkan membuatkan penulis masih tersenyum apabila memikirkan tentang game ini, terutamanya di bahagian terakhir, iaitu Epilogue. Sekiranya ditanya gamer di PC dan Xbox mengapa mereka perlu untuk memiliki PS4 – penulis akan tunjukkan game ini kepada mereka.

JomBaca: Uncharted 4: A Thief’s End: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Alvin Boon – Street Fighter V

Walaupun dilancarkan dengan pelbagai isu seperti online play yang bermasalah, kandungan campaign dan “cinematic” animasi statik 2D dan macam-macam lagi, Street Fighter 5 (SFV) yang baru memasuki Season 2 kini boleh dikatakan sebuah fighting game yang cukup perfect.

Pelbagai patch dan rebalancing telah memperkenalkan karakter-karakter baru, game modes dan challenges bagi memudahkan pencarian Fight Money dan seterusnya in-game purchase bagi stages, costumes dan karakter-karakter. Tak hairanlah mengapa game ini semakin menjadi popular sebagai acara eSports di Malaysia kini.

Hazwan Chai – Watch Dogs 2 (PC, PS4, XB1)

Watch Dogs 2 membuat comeback yang sangat awesome setelah dikritik hebat dari pemain/reviewer bagi sirinya yang lepas.

Pada pilihan penulis, skop keadaan map San Francsico dan dihubung dengan gaya hidup urban melengkapkan lagi ambient realistik. Sehubungan itu, penulis juga dapat merasai seolah-olah seperti berada di San Francisco dengan mempelajari sesetengah tempat yg dikatakan “Tourist Attraction” melalui app Scout X list. Di sini, penulis sedikit sebanyak dapat juga mengetahui sejarah, tempat dan juga gaya hidup yang sebenar di San Francsico.

Dari segi Grafik (melalui console), Watch Dogs 2 menghasilkan hasil kerja yang sangat menakjubkan. Penulis amat terhibur dengan setiap aspek grafik dari kota bandar hingga ke tepi pantai.

Secara rumusan, Watch Dogs 2 dilabelkan sebagai Game Terbaik 2016 bagi penulis kerana developer sememangnya prihatin terhadap komen-komen dan kritikan dari gamers/reviewers bagi menghasilkan game yang lebih kualiti untuk kepuasan pemain-pemain.

Hans Yusoff – Battlefield 1 (PC, PS4, XB1)

Game Terbaik 2016? Pastilah saya akan memilih Battlefield 1. Peminat game bergenrekan FPS ini sudah tentu akan memilih game ini juga. Grafik yang memukau, gameplay yang solid. Sudah tentu mode Multiplayer adalah mode yang menjadi pilihan saya. Berperang menentang 32 pemain sudah tentu menjanjikan sebuah aksi yang mendebarkan. Kesan bunyi dari tembakan senjata lama bagi saya umpama alunan okestra di telinga. Pelbagai jenis mode Multiplayer yang disediakan amatlah memuaskan dan itu juga melayakkan Battlefield 1 menjadi Game Terbaik 2016 pilihan saya.

Tidak kurang juga single player mode yang walaupun pendek, namun penceritaan yang padat dan tersusun juga memuaskan hati setiap pemain Battlefield kerana elemen penceritaan yang penuh dengan unsur moral di mana setiap peperangan itu sendiri tidak mendatangkan kebaikan walaupun di mana jua ia terjadi.

JomBaca: Battlefield 1: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Zack Salleh – Total War: WARHAMMER

Total War: WARHAMMER, gabungan antara dua siri iaitu Total War dan Warhammer dilakukan dengan begitu baik oleh studio Creative Assembly. Ternyata ia bukanlah sekadar reskin bagi siri-siri Total War sebelumnya.

Setiap langkah yang diambil oleh pemain ternyata penting dan harus dipilih dalam setiap peperangan, sama ada dalam fasa turn-based atau pun real-time. Pemain akan diberi peluang untuk mencuba 4 kaum dalam kempen single-player yang bakal memakan masa yang panjang untuk diselesaikan, sememangnya satu pengalaman yang sangat berbaloi.

Di samping itu, Creative Assembly juga telah mengeluarkan beberapa update percuma yang memberikan pelbagai kandungan baru seperti, map, hero, monster, dan lord. Malah, satu update bakal diterbitkan pada Februari 2017 yang bakal memberikan kaum percuma untuk semua pemain!

BigBoss JomGaming – Titanfall 2

Di dalam Titanfall 2, TIADA lootbox yang random yang menggalakkan microtransactions yang annoying. TIADA RNG system yang mengecewakan. TIADA DLC berbayar yang akan dikeluarkan setakat ini. (Ia masih di bawah naungan EA – apa-apa boleh jadi). Jadi apa yang ada dengan Titanfall 2?

Game FPS ini seperti ada segala-galanya. Story peperangan angkasa lepas dengan karakter yang membuai perasaan. Gunplay yang pantas buat adrenalina merecik. Control yang reward player yang cekap lagi jitu. Sistem progression yang mudah lagi intuitif. DLC PERCUMA sepanjang hayatnya.

Sehinggakan penulis sendiri, seorang peminat francais Battlefield terpaksa mengakui Titanfall 2 adalah game FPS yang cukup sempurna berbanding Battlefield 1.

Pusingan Bonus & Special Mentions!

Memilih satu game sahaja daripada sekian banyak judul game yang kami mainkan pada tahun ini adalah suatu keputusan yang sukar. Terdapat beberapa penulis JomGaming yang ingin memilih dua atau lebih Game Terbaik 2016, namun hanya satu game yang layak dinobat sebagai juara di hati masing-masing.

Oleh itu, kami sediakan ruangan istimewa ini, menampilkan beberapa game (dan DLC) yang perlu disebut dalam tahun yang penuh dengan keseronokan ini.

Kaiz Neptune-sama – Titanfall 2

Titanfall 2 boleh dikelaskan video game yang ditimpa nasib malang. Ianya kerana game ini keluar betul-betul bertembung antara Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite warfare, di mana siri Batttlefield dan COD sudah berkembang sejak dari dahulu lagi. Ini menyebabkan Titanfall 2 susah untuk menarik hati pemain untuk bermain game ini.

Suatu ketika dahulu, Titanfall yang pertama boleh dikatakan antara game terbaik pada masa itu tetapi ketiadaan single-player campaign dan multiplayer yang rasa kosong menyebabkan game ini hidup dengan jangka hayat yang pendek. Kenapa saya letak Titanfall 2 sebagai antara pencalonan Game Terbaik 2016? Kerana game ini memang antara terbaik dalam sejarah FPS dan setiap masalah yang ada pada Titanfall pertama sudah pun diselesaikan dalam sekuel ini.

Dengan single-player campaign yang paling best dalam semua FPS yang ada sekarang ini, multiplayer yang chaotic dan tidak lupa juga, anda hanya beli game sekali sahaja kerana content akan datang akan diberikan secara PERCUMA, ya dengar tu, ACTIVISION, Titanfall 2 tidak ada DLC berbayar atau season pass, memberikan pemain semuanya sama rata dan tidak terasa terpinggir.

Kaiz Neptune-sama – Dark Souls 3

Dark Souls 3 adalah siri terakhir permainan siri Dark Souls, yang dikenali orang sebagai video game paling susah di dunia. Tetapi kepayahan yang terdapat dalam game inilah yang menjadikan game ini antara yang terbaik daripada terbaik. Sebagai pengakhiran siri, Dark Souls 3 mempunyai boss fight yang boleh dikatakan yang paling terbaik dalam sejarah video game. Tidak lupa juga Dark Souls 3 mempunyai level, customization, karakter dan jalan cerita yang paling unik dalam video game. Dipendekkan cerita, Dark Souls 3 adalah contoh penutupan siri video game yang paling berjaya dan developer lain patut mengambil inspirasi untuk macam mana hendak memberi satu impak kepada pemain untuk menutup cerita siri video game tersebut.

Kaiz Neptune-sama – Uncharted 4: A Thief’s End:

Kepada peman yang memiliki PlayStation 4, game ini patut ada dalam koleksi mereka. Dengan grafik yang terbaik dalam sejarah video game, jalan cerita yang memberi penuh emosi, dan tidak lupa juga pelbagai variasi gameplay yang terdapat dalam game ini. Seperti Dark Souls 3, Uncharted 4 juga adalah contoh di mana bagimana developer menutup cerita siri games tersebut. Anda sudah kehabisan bermain single player content ? Tidak lupa juga bahawa multiplayer Uncharted 4 boleh dikira awesome dan benda baru akan datang dengan tiada sebarang bayaran sekali pun. Ulang semula, Uncharted 4 adalah game yang patut dimiliki bagi setiap pemain yang mempunyai PS4 kerana content yang serba serbi lengkap yang terdapat dalam game tersebut.

Kaiz Neptune-sama – DOOM

Sebagai siri yang kembali beraksi dari era 90-an, DOOM adalah video game reboot dari siri klasik game yang sama tajuknya. Game ini tiada cerita yang epik. Yang adanya adalah pertempuran antara pemain dengan musuh yang penuh chaotic yang dikatakan memang tidak membosankan para pemain. Content single-player yang menarik berserta siri multiplayer yang menghiburkan membuatkan pemain mengambil masa yang lama untuk menerokai content yang ada pada DOOM ini.

Dan tidak lupa juga ada level creator yang boleh membuat level sendiri dan boleh berkongsi dengan orang lain melalui online. Jika pemain ingin beraksi tanpa dengan adanya cerita pelik-pelik, maka DOOM adalah pilihan yang ideal untuk anda.

JomBaca: DOOM: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sarah Akirien – DLC Destiny: Rise of Iron

Pertama sekali adalah OST-nya yang sangat jauh berbeza keenakannya daripada OST asal yang pernah memenangi OST terbaik pada 2014/2015. Muziknya yang grand sangat sesuai dengan gameplay dan emosi ketika bermain.

Kedua, update tempat baru yang walaupun ada beberapa PvE yang di-re-skin, gameplay-nya ia tetap seronok. Tema baru amatlah terasa lain dengan salji dan virus digital yang telah menjangkiti dunia.

Ketiga, dengan adanya private match (walaupun game ini dah tua dan nak mati) masih ada Guardians yang bermain demi PvP-nya. Pada bulan lepas, terdapat friendly match Destiny SEA antara Asia Tenggara untuk merapatkan silaturrahim.

Liza Langkasuka – Overwatch (PC, PS4, XB1)

Pada pandangan pertama, game IP dari Blizzard ini dilihat seperti mana-mana game yang mengikut trend cash-grab dalam kebanyakkan multiplayer-only shooter, tambah-tambah lagi ada pilihan mikrotransaksi untuk barangan kosmetik. Tetapi keseluruhan game stye adalah lebih mendalam! Ia mengambil orientasi PvP dari genre MOBAs dan terjemahkan kepada game FPS dengan cara yang sangat berkesan.

Komposisi pasukan memang sangat penting dalam setiap perlawanan, terutamanya dalam aspek kerjasama. Bahkan apabila berjaya mendapat kemenangan, memang terasa sangat puas hati, tidak kira apa sahaja tahap K/D korang. Game ini baru sahaja dikeluarkan tetapi sudah mendapat begitu ramai peminat, casual dan competitive! Dari sambutan media sosial ke peringkat eSport, Overwatch adalah game yang pasti akan terus berjaya untuk bertahun-tahun lagi.

Faiz Tobeng – Battlefield 1 (PC, PS4, XB1)

Secara peribadi, penulis merasakan pengumuman Battlefield 1 adalah kejutan terbesar dalam dunia gaming untuk tahun 2016. Di sebalik para peminat yang menjangkakan bahawa DICE bakal membawakan tema futuristik atau Perang Dunia Kedua (WW2) selepas dua siri utama Battlefield sebelumnya telah menampilkan peperangan moden, mereka mengejutkan ramai pihak dengan tema Perang Dunia Pertama (WW1).

Sebilangan besar peminat agak skeptikal dengan keputusan DICE membawakan tema WW1 kerana mereka beranggapan bahawa senjata-senjata yang sangat ketinggalan zaman ketika era itu akhirnya bakal menawarkan gameplay yang sangat membosankan.

Apabila telah melancarkan video trailer Battlefield 1 yang cukup mengagumkan, ternyata tindakan berani DICE ini bukanlah hanya sekadar hype semata-mata. Mereka telah menyampaikan game ini dengan cukup berjaya sekali. Gameplay Multiplayer yang sangat mantap, grafik yang sungguh memukau serta story campaign-nya sangat lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan siri-siri Battlefield sebelum ini – menjadikan game ini antara Game Terbaik 2016.


Jadi, itulah dia game-game yang menarik perhatian dan masa kami di JomGaming sepanjang tahun 2016 ini. Ada game yang korang rasa patut ada di dalam senarai ini? Kongsikan dengan kami sebabnya! Sementara itu, selamat bergaming geng!

Comments

comments