Bagi korang yang merasakan game PlayerUnknown’s Battegrounds susah dan perlukan banyak latihan tapi tidak tahu di mana nak berlatih – Battle Royale Trainer akan dapat membantu korang!

Gameplay-nya senang sahaja, korang boleh mengubahsuai bots, pilih kelengkapan mengikut kesukaan korang dan seterusnya korang akan dijatuhkan ke kawasan kecil, berlindung di belakang dinding rendah atau pokok dan terus menembak sehingga kesemua bots mati. Pembangun Battle Royale Trainer, Trickjump Games mengelak daripada menyebut nama PUBG di halamannya di Steam. Tapi persamaannya nampak ketara dari pandangan skop senjata sehinggalah ke jenis-jenis senjata.

Korang boleh memilih sama ada mahu berlatih di kawasan hutan atau bandar atau di kawasan menembak jika korang mahu membiasakan diri dengan setiap senjata. Selain mengubahsuai bots, korang boleh mengubahsuai masa reaksi, ketepatan, kelengkapan dan tahap pergerakan. Jika korang menembak, korang boleh lihat jumlah nombor yang keluar di setiap anggota badan bots, memaparkan kepada pemain berapa banyak damage yang korang lakukan.

Maklum balas di Steam menunjukkan game ini berada pada tahap pertengahan, sesetengah dari mereka pula mengatakan game ini senang tapi efektif sementara yang lain pula mengadu bahawa terdapat bugs dan kelakuan AI yang tidak betul serta ciri-ciri senjatanya tidak sama dengan PUBG. Mungkin pembangun game ini boleh menambahbaiknya pada masa depan.

Apa-apa pun, sekiranya korang berminat, korang boleh membeli game ini di Steam dengan harga RM10.50

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.