Satu lagi siri anime diberi nafas baru sebagai video game!

Arc System Works telah mengumumkan mereka akan menerbitkan game berdasarkan siri anime, Kill La Kill – yang dinamakan Kill La Kill The Game.

Anime yang diterbitkan oleh Trigger Studio pada tahun 2013 ini mengisahkan seorang gadis remaja yang ingin membalas dendam atas kematian ayahandanya, di dalam dunia di mana insan menggunakan kuasa yang terdapat pada pakaian-pakaian istimewa yang dibuat daripada Life Fibers.

Kill La Kill The Game pula akan dibangunkan oleh A+ Games dan khabarnya akan diterbitkan pada tahun 2019 nanti. Tiada maklumat lanjut berkenaan platform dan jalan cerita berkenaan game ini diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.