Boy.

Dua hari sebelum Season 5 dalam Fortnite dilancarkan, Epic Games telah memperacah pemainnya dengan satu lagi gambar baru. Kali ini, ia memaparkan sebilah kapak yang sekali pandang, semestinya kita boleh agak yang ia adalah kapak Viking. Dua kali pandang, macam kapak yang digunakan oleh Kratos dalam God of War pun ada. Iyalah, kapak Viking, kan.

Sekali lagi, gambar acah ini memperkuatkan lagi teori tentang tema yang akan digunakan dalam Season 5 ini nanti. Seluruh komuniti Fortnite kini sedang menjangkakan yang Epic akan membawakan tema pelbagai era ke dalam satu dunia yang sama. Mungkin bakal ada era koboi, Mesir Purba, zaman pertengahan Jepun, lanun dan kini, turut menampilkan era Viking.

Epic Games telahpun mengumumkan sebelum ini yang musim baru ini akan bermula pada 12 Julai iaitu pada hari Khamis ini. Ia akan dilancarkan secara serentak di semua platform yang ada – PC, PS4, Xbox One, iOS dan Switch.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.