Siapa yang tak kenal akan wajah Gadis of Gaming nih!? Stefanie kian terkenal melalui siri game yang sedang panas – Metal Gear Solid: The Phantom Pain. Tapi siapakah sebenarnya gadis yang berjaya memikat Kojima untuk memainkan satu watak dalam Metal Gear Solid 5? Jom skodeng Stefanie Joosten!

MGSV-GZ-3D-Capture-Stefanie-Joosten-CloseStefanie Joosten telah dilahirkan pada 1989 di Belanda. Sejak kecil lagi gadis ini berminat dengan budaya gaming dan otaku – sebab tulah awek ni telah mengambil keputusan untuk belajar bahasa Jepun di University of Leiden.

Stefanie-Joosten

Ketika di universiti, Stefanie telah mendapat tempat dalam exchange program dan berpeluang melawat Tokyo, Jepun. Semasa di Tokyo, dia telah mendapat peluang modelling, dan oleh kerana permintaan untuk model dari Barat sangatlah tinggi maka mudah untuk dia terus tinggal dan bekerja di Jepun.

MGSV-GZ-3D-Capture-Stefanie-Joosten-2Stefanie ada menceritakan bagaimana dia dipanggil untuk menjadi model dalam MGS5: The Phantom Pain. Mulanya dia dipanggil untuk audition game tanpa apa-apa maklumat tetapi apabila dia ternampak Hideo Kojima hadir dalam audition tersebut, timbul kehairanan di hati Stefanie!

Hideo-Kojima

Semasa audition tersebut, terdapat pelbagai replika senjata api dan kesemua talent audition diminta melakonkan aksi menyusup masuk ke markas lawan. Dengan berbekalan pengalaman bermain game, Steafanie berjaya melakonkan aksi yang diminta hingga akhirnya terpilih untuk menjadi wajah dan model aksi bagi watak Quiet!

3D-ScanningMenurut Stefanie lagi, proses memasukkan wajahnya kepada bentuk 3D mengambil masa dua tahun lamanya! Mimik wajahnya diambil oleh 37 camera dan gerak lakonan dia telah direkodkan dalam studio green screen untuk motion capture watak Quiet.

Facial-Capture Facial-Capture2Dia juga telah menerima latihan kombat serta bagaimana untuk menyelia senjata api kerana kebanyakkan model untuk Metal Gear Solid adalah bekas tentera, hanya Stefanie yang kurang mahir akan selok belok military. Disamping wajah dan gerak langkah, watak Quiet juga menggunakan suara Stefanie Joosten.

Metal-Gear-Solid-V-Quiet-Actress-TrainingApabila disoal mengenai kontroversi watak Quiet yang seksi, Stefanie sendiri sebenarnya terkejut melihat lukisan awal Quiet, namun gadis ini berkata ada sebab yang kukuh mengapa Quiet berpakaian sebegitu. Apabila ditanya mengapa, Stefanie berkata ‘Biarlah rahsia…’ LOL. Stefanie juga ada mengatakan Quiet merupakan seorang yang berpendirian teguh dan bukanlah watak gadis yang lemah.

Stefanie-Joosten-Holds-Quiet-Action-Figure_zpskueerqnq

Jom kita layan Stefanie speaking Jepun yok! Cair kitorang menengoknya!

Editor: Gadis of Gaming (GoG) adalah series eksklusif dari JomGaming yang akan menampilkan gadis-gadis dalam dunia gaming – samada IRL mahupun virtual!

Comments

comments