Pagi tadi berlangsung sudah sesi soal jawab bersama Gabe Newell di Reddit AMA. Dan ianya seperti biasa dipenuhi lawak berjenama Gaben bagi mengelak soalan.

Berlangsung di subReddit /r/The_Gaben, Presiden Valve, Gabe Newell apabila ditanya soalan adakah syarikat tersebut sedang membangunkan sebarang game single player baru yang lengkap?, beliau menjawab “Ya”.

Apabila ditanya berkenaan Half Life 3, beliau berjenaka dengan berkata, “Nombor 3 itu tidak boleh disebut!”

Apabila ditanya adakah Valve akan kembali ke dunia Half Life dan Portal di dalam game baru?, Gabe berkata mereka tidak akan kembali ke Half Life 3, tetapi mungkin akan membangunkan game yang berkaitan dunia Half Life.

Berbangkit daripada soalan tersebut, beliau ditanya tentang sumber berita yang mengatakan Half Life 3 pernah cuba dibangunkan sebagai antara game real-time-strategy ataupun live-action adventure game – tetapi akhirnya hilang begitu sahaja. Beliau dengan nada berseloroh menjawab, “Saya secara peribadi memang mempercayai semua sumber maklumat anonymous yang ada di dalam Internet.”

Apabila ditanya tentang game-game yang sedang dibangunkan Valve, Gabe tidak mengulas panjang, melainkan semua game-game sedang dibangunkan dengan engine Source 2 dan game-game VR juga sedang dibangunkan bersama “knuckle controllers” yang diumumkan Oktober lepas.

“Kami akan terus membangunkan engine Source 2 sebagai persekitaran pembangunan game utama. Selain daripada memindahkan DotA 2 ke engine tersebut baru-baru ini, kami juga menggunakannya sebagai permulaan kepada produk-produk yang belum kami umumkan lagi. Kami ingin semua yang mengerjakan game di Valve untuk menggunakan engine ini, dan kami akan terus memastikan Source 2 engine tersedia secara percuma,” kata beliau lagi.

Nampaknya game-game Valve yang lain seperti Team Fortress 2 dan CS:GO juga akan dipindahkan ke engine Source 2!

Apabila ditanya tentang francais Left 4 Dead, Gabe menjelaskan bahawa produk-produk baru di Valve biasanya terhasil daripada kombinasi teknologi baru, minat daripada orang ramai terhadap teknologi tersebut dan game yang boleh menjadi tempat teknologi tersebut diuji dan digunakan. Beliau mengatakan bahawa “francais Left 4 Dead kelihatan seperti sebuah saluran untuk menghasilkan sesuatu.” Beliau tidak menjawab secara terus, tetapi berita pembangunan Left 4 Dead 3 sudah lama tersebar. Berdasarkan penyataan di atas, adakah kita akan menyaksikan Left 4 Dead 3: VR?

Selain itu, banyak lagi soalan umum telah ditanya berkenaa Steam, dan bagaimana cara untuk menambahbaik platform jualan game tersebut.

Korang boleh membaca kesemua thread soalan tersebut di AMA Reddit /r/The_Gaben.

Comments

comments