Kini korang boleh bertanya terus kepada Gabe Newell, Presiden Valve Corporation, segala-galanya tentang apa-apa sahaja!

Baru-baru ini kecoh berkenaan isu pembangunan Half Life 3 daripada Game Informer berdasarkan sumber yang tidak boleh dinamakan. Sumber tersebut mengatakan Half Life 3 pernah cuba dibangunkan sebagai antara game real-time-strategy ataupun live-action adventure game – tetapi akhirnya hilang begitu sahaja.

JomBaca: Half Life 3 Pernah Dirancang Sebagai Game Real Time Strategy Dan Game Adventure Dengan Pelakon Sebenar!

Akhirnya, kita mungkin akan mendengar sendiri daripada Gabe Newell kesahihan berita ini, dan juga mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan lain. Maharaja Gaben bersetuju untuk menjawab soalan di dalam Reddit AMA* (Ask Me Anything) seperti yang disahkan oleh moderator subReddit /r/The_Gaben.

SubReddit: The_Gaben
Masa: US – 3pm PST 17 January / Malaysia, Brunei, Singapura – 7 pagi 18 Januari / Indonesia – 6 pagi 18 Januari

Ramai berpendapat artikel Game Informer berkenaan kewujudan Half Life 3 itu akan menjadi bualan hangat – namun dengan update 7.00 yang sangat besar bagi DotA 2 serta isu perjudian di dalam CS:GO, para gamers pastinya mempunyai pelbagai persoalan yang inginkan jawapan.

Jadi, jangan berlengah lagi, kunci jam, bangun awal-awal dan tanyalah soalan-soalan yang berlegar dalam kepala korang selama ini!

*AMA adalah sebuah forum terbuka kepada pengguna Reddit, di mana sesiapa sahaja boleh menjadi host, dan menjawab soalan daripada pengguna Reddit yang lain.

Comments

comments