Gamers pun nak tampil bergaya – pastinya lebih bergaya dengan tshirt-tshirt dari Uniqlo!

fundeavour-uniqlo-malaysia

Fundeavour telah menjalinkan kerjasama bersama UNIQLO Malaysia, seterusnya melancarkan Uniquely UNIQLO Adventure.

fundeavour-uniqlo-malaysia

Kumpulkan 7,000 GP melalui akaun Fundeavour, dan anda boleh menebus sehelai tshirt daripada UNIQLO Malaysia online store yang bernilai RM59.90 secara percuma. Dapatkan tshirt pilihan hati anda yang tersedia, antaranya Star Wars, Marvel, Pixar, Sanrio dan banyak lagi bermula 15 November ini. Dan sekiranya anda tunggu sehingga 18 November pula, tshirt Star Wars Rogue One terbaru akan boleh anda dapatkan juga.

Lebih menarik, apabila anda menyelesaikan Quest 2 dan Quest 3, anda berpeluang mendapatkan Hoodie kegemaran anda yang bernilai RM129.

fundeavour-uniqlo-malaysia

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana cara ingin menebus tshirt UNIQLO ini di sini.

fundeavour-uniqlo-malaysia

Di samping itu, Fundeavour dan UNIQLO Malaysia juga sedang membuka talent search, khas untuk mencari para Youtubers dan streamers yang sesuai. Mereka sedang memberikan anda peluang untuk membina portfolio anda sendiri untuk menjadi reviewer bagi UNIQLO UT. Dan seterusnya, sekiranya layak, anda sendiri mampu untuk menjalinkan kerjasama lebih panjang bersama UNIQLO Malaysia pada masa akan datang.

Anda boleh dapatkan maklumat mengenai talent search ini di sini.

Comments

comments