Agak-agak apakah game baru yang akan dikeluarkan ini? Dengan hanya 30 saat tanpa sebarang petanda selain “Shadows Die Twice” — yang bermaksud bayangan mati dua kali.

From Software amat terkenal dengan game gory hack-and-slash yang susah tahap dewa seperti Dark Souls dan Bloodborne di era gaming terkini.

Antara spekulasi peminat game genre ini berasa kemungkinan ini adalah sekuel kepada Bloodborne disebabkan tagline “Shadows Die Twice”, iaitu game kedua kepada siri tersebut.

Disebabkan berlatarkan muzik dan kaligrafi kanji Jepun di dalam teaser tersebut, ada juga peminat yang mengatakan ia kemungkinan adalah game siri Tenchu iaitu sebuah game hack and slash.

Ada yang mengatakan ini adalah sekuel kepada Shadow Tower dengan sebutnya perkataan “Shadow” dan belum mempunyai sekuel kedua yang tetap tetapi tidak berlatarbelakangkan oriental Jepun.

Bagi penulis, harap-harap FromSoftware membuat sekuel kepada game Kuon.
Berlatarkan keseraman dan zaman Meiji Jepun, hantu perempuan ini yang sentiasa terbang mengilai dalam bayangan. Mana tahu kali ini FromSoftware nak bawak title horror action lebih dari hack and slash?

Comments

comments