Friday the 13th: The Game: Pembunuh Bersiri Kesayangan Ramai Kembali!

Jason Voorhees, pembunuh sadis ikonik dari siri filem seram Friday the 13th ingin kembali dan dia memerlukan sumbangan ikhlas dari korang!

Developer Gun Media ingin menghidupkan kembali Jason Voorhees di Camp Crystal Lake dan diorang memerlukan derma dari korang melalui projek Kickstarter yang diannounce baru-baru ini.

Apa yang best sangat pasal game nih? Gun Media dalam page Kickstarter diorang mengatakan dalam game survival horror multiplayer ini 1 pemain akan menjadi Jason, manakala lagi 7 pemain akan menjadi camp counselor yang diburu! Objektifnya mudah, 7 pemain ini kene survive sepanjang malam daripada di bunuh oleh Jason Voorhees!

Friday-the-13-Jason

Kitorang rasa kombinasi mechanics dari game Evolve: 1 raksasa memburu sekumpulan hunters, dan storyline thriller Until Dawn: sekumpulan pemain yang perlu survive dari serangan kuasa jahat – mampu menjadikan pengalaman Friday the 13th: The Game ini benar-benar unik!

Paling menarik, barisan kreatif asal dari francais filem Friday the 13th ini seperti Director, Pengarah Cinematography, Stunt Coordinator dan Composer/Audio Designer kembali untuk menjadikan game ini dekat dengan source asal!

Friday-the-13-Jason2

So, kalau korang nakkan Jason Voorhees kembali menghantui hidup korang, berikan sumbangan yang mampu, dan jom #UnleashJason!

Comments

comments