Sememangnya satu game mode yang menjadi kegilaan para gamers pada tahun ini.

Epic Games telah mengumumkan bahawa game mereka yang masih lagi dalam versi Early Access, Fortnite akan ditampilkan dengan satu game mode baru, digelar Battle Royale.

Pastinya cara Battle Royale ini dimainkan tidak asing lagi dalam kebanyakan gamers masakini. Sama seperti game mode yang terdapat dalam game yang cukup popular sekarang,¬†Playerunknown’s Battleground, game mode Battle Royale ini akan dimulakan dengan 100 pemain dilepaskan dalam satu pengangkutan yang sama. Kemudian, pemain mula bertaburan, membina kubu dan senjata masing-masing, dan seorang pemain yang tinggal di akhir permainan akan dikira pemenang.

Epic Games mengumumkan bahawa Battle Royale akan dibawakan ke dalam Fortnite pada 26 September ini. Walau bagaimanapun, jika korang dah tak sabar nak cuba game mode terbaru ini, korang boleh mainkannya di sesi percubaan umum sekarang.

Korang boleh saksikan trailer untuk Battle Royale ini di bawah:

Pada waktu ini, Fortnite boleh dibeli versi Early Access di PC, PS4 dan Xbox One. Apabila game ini dilancarkan sepenuhnya pada tahun hadapan, ia adalah free-to-play.

Comments

comments