Tumpukan perhatian di dalam kelas, jangan main Fortnite!

Fortnite Battle Royale kini adalah fenomena global. Apatah lagi apabila sejak mula dilancarkan di mobile, ia kini lebih mudah untuk dimainkan di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja – termasuklah pelajar-pelajar sekolah mula bermain game ini semasa guru sedang mengajar di dalam kelas.

Pihak Epic Games menyedari tentang situasi ini dan ia telah memasukkan sesuatu yang lucu ke dalam Fortnite Mobile bagi mengingatkan para pelajar untuk tidak bermain game ini di dalam kelas.

Didedahkan oleh pengurus komuniti Fortnite, salah satu baris ayat yang akan keluar semasa loading screen Fortnite Mobile adalah “Mr. Hillman says stop playing in class” (En. Hillman kata berhenti main di dalam kelas).

Mengapa nama “Mr. Hillman” yang disebut? Ada kisah di sebaliknya.

Satu thread di Reddit (kini telah dipadamkan) ada mendedahkan bahawa beliau sebagai seorang guru mengalami situasi di mana anak muridnya sering bermain telefon di dalam kelas selepas Fortnite dilancarkan di platform mobile. Beliau telah mengadukan perkara ini kepada Epic, dan memohon agar pesananĀ “Mr. Hillman says stop playing in class” dimasukkan ke dalam game bagi mengusik para pelajarnya.

Dan ternyata permintaan beliau ini telah ditunaikan oleh Epic.

Ia mungkin satu tindakan yang tak memberi apa-apa kesan pun untuk menghalang murid-murid ini untuk berhenti bermain di dalam kelas, tapi kita tahulah bahawa Epic boleh berjenaka dengan peminatnya dalam situasi-situasi seperti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.