Platform mobile memang lubuk duit!

Menurut laporan sebuah laman web penganalisis, Sensor Tower melaporkan sejak Fortnite Mobile dilancarkan untuk iOS, game tersebut telah menjana pendapatan sebanyak melebihi USD15 juta (RM57.97 juta).

Awal bulan Mac lalu, Epic Games telah melancarkan Fortnite di iOS, tetapi hanya melalui jemputan yang mana pemain perlu mendaftar terlebih dahulu. Melalui jumlah pemain ini sahaja, Epic telah menjana RM5.9 juta dalam masa 72 jam.

Kemudian, pada minggu lalu, Epic telahpun membuka game ini kepada semua pemain di iOS – tidak memerlukan jemputan lagi.

Menurut Sensor Tower, jumlah pendapatan Fortnite di seluruh dunia telah mencecah USD15 juta (RM57.97 juta), dengan kira-kira USD10.5 juta (RM40.58) telah dibayar kepada Epic, dalam masa hanya 20 hari game ini memulakan fungsi mengwangkan (monetize) pada 15 Mac.

Ia pula menyatakan yang Fortnite Mobile telah dimuat-turun sebanyak 11 juta kali di seluruh dunia.

Dapat dilihat dalam carta yang dikeluarkan seperti di bawah, terdapat dua waktu yang menaikkan pendapatan Fortnite Mobile secara mendadak. Pertama, apabila game ini melancarkan Starter Pack – diskaun yang menawarkan sebuah bundle untuk skin dan vbucks (matawang dalam game). Kedua, apabila game ini dibuka kepada semua pemain di iOS.

Apa yang harus kita ingat, ini hanyalah pendapatan yang dijana melalui platform iOS sahaja. Belum lagi apabila jumlah pemain Android yang jauh lebih ramai mula bermain game ini.

Korang boleh bayangkan bagaimana Fortnite Mobile akan memperoleh keuntungan apabila game ini dilancarkan di Android kelak?

Comments

comments

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.* FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('post_tag') AND tr.object_id IN (40472) ORDER BY t.name ASC

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.*, tr.object_id FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('category', 'post_tag', 'post_format') AND tr.object_id IN (42406) ORDER BY t.name ASC