Fortnite nampaknya tidak dapat dihalang dan terus mendominasi apabila telah mendapat jumlah tonton yang paling ramai di platform Twitch.

Selama dua minggu yang lalu, Fortnite telah melepasi League of Legends sebagai game yang paling banyak ditonton di Twitch. Penstriman Fortnite telah mengumpulkan tontonan untuk 5,014 tahun, 110 hari dibandingkan dengan tempat kedua iaitu League of Legends yang mengumpulkan sebanyak 4,538 tahun, 26 hari masa tontonan.

Apa yang lebih menarik adalah League of Legends hampir tidak mendapat tempat teratas di Twitch sehinggakan ia jatuk ke tempat kedua dalam jangka yang diberikan, terutamanya pada dua minggu. Ia adalah sesuatu yang mengagumkan buat Fortnite.

Apabila membandingkan Fortnite dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds, pesaing terdekatnya dari segi genre, jumlah tontonan adalah hampir dua kali ganda. Tidak kira yang mana korang punya pilihan antara kedua-dua game itu, tidak dapat dinafikan letupan populariti dari Fortnite selama beberapa bulan yang lepas.

Bukan sahaja paling banyak ditonton, Fortnite juga menduduki tangga pertama dalam jumlah game yang paling di-stream, denganĀ 253 tahun, 183 hari. PUBG mengekori tangga kedua denganĀ 105 tahun, 356 hari.

Banyak kejayaan Fortnite selama dua minggu yang lepas adalah merupakan sebahagian daripada pengeluaran salah satu kemaskini terbesar untuk game tersebut baru-baru ini yang mana terdapat banyak perubahan elemen yang drastik untuk kedua-dua mode Battle Royale dan Save The World. Kemaskini atau tidak, Fortnite tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perlahan buat masa sekarang dan masih ada banyak potensi untuk menjadi lebih besar.

Sumber: Sully Gnome

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.