Season 4 kini bermula!

Semalam, Epic Games telah memperkenalkan sebuah kemaskini besar baru dalam Fortnite, seperti mana yang telah mereka acahkan seminggu yang lalu. Seperti yang telah ramai jangkakan, kemaskini yang membawakan Season 4 ini telah menampilkan tema adiwira serta segala teori meteor sebelum ini adalah benar.

Pembaharuan terbesar dalam Fortnite Battle Royale kini adalah perubahan yang ada dalam map. Sebuah meteor besar telahpun menghempas Dusty Depot yang kini telah dikenali sebagai Dusty Divot. Sebuah kawasan hempasan meteor telah ditambah ke lokasi ini dengan kawah yang sangat, sangat besar.

Map yang telah berubah ini kononnya adalah pasca-hempasan meteor tersebut. Apa yang berlaku ketika meteor ini terhempas, disajikan dalam video trailer sinematik Season 4 yang korang boleh tonton di bawah:

Meteor yang terhempas di Dusty Divot ini ialah meteor yang terbesar. Di merata map, pemain akan bertemu dengan beberapa meteor yang lebih kecil. Di setiap kawasan meteor ini, terdapat banyak batu berwarna ungu dari angkasa, digelar Hop Rocks. Hop Rocks ini pemain boleh gunakan dan selepas itu pemain boleh melompat dengan graviti rendah dalam beberapa saat.

Selain itu, terdapat pelbagai tempat baru yang bertemakan adiwira seperti markas seakan-akan Avengers/rumah agam Tony Stark dan markas penjahat.

Itu baru cerita tentang pembaharuan mapnya. Season 4 pastinya turut membawakan Battle Pass yang disajikan dengan pelbagai items untuk pemain kejarkan. Bertemakan adiwira juga, antara skin baju baru yang boleh di-unlock oleh para pemain adalah baju seolah-olah Iron Man, Wonder Woman, Harley Quinn, Black Panther dan banyak lagi.

Kemaskini ini juga memperkenalkan emote baru, iaitu Spray. Pemain boleh semburkan bermacam logo di mana-mana permukaan seakan-akan grafiti.

Dan seperti biasa, setiap kemaskini pasti akan memberikan beberapa balancing untuk gameplay, yang korang boleh bacakan nota patch penuh di sini.

Comments

comments