Battle royale sememangnya trend gaming masakini!

Kami ada terbaca satu berita ini tentang Fortnite di Game Rant. Ia melaporkan bahawa Fortnite mendominasi senarai livestream yang sedang dilakukan di platform PS4.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Fortnite sedang di-livestream oleh 5582 gamers – dan apa yang paling mengejutkan adalah dua game di belakangnya, dua game yang cukup popular, Grand Theft Auto V dan Call of Duty: WWII ketinggalan jauh. GTA V dan CoD: WWII masing-masing hanya mencatatkan 1154 dan 1028 livestream sahaja.

Sekiranya menggabungkan jumlah livestream dua game itu, 1154 + 1028 = 2182, jumlah livestream Fortnite masih lagi lebih daripada dua kali ganda!

Mendengarkan laporan ini, kami menyemaknya sendiri livestream yang sedang dilakukan di PS4 pada pagi ini. Sememangnya Fortnite adalah raja livestream di PS4 buat masa ini!

Semasa artikel ini ditulis, Seramai 3170 gamers melakukan livestream dalam Fortnite, 620 livestream dalam CoD: WWII dan 563 livestream dalam GTA V. Memang mengejutkan!

Kalau bilangan livestream masih belum cukup untuk meletakkan Fortnite sebagai raja masakini di PS4, laporan dari EGMNow juga adalah menarik. Menurut laporan ini, “Top Add-Ons” di PlayStation Store (rantau Amerika Utara) buat masa ini adalah matawang yang terdapat dalam Fortnite, iaitu V-Bucks – meninggalkan matawang-matawang lain dalam game CoD: WWII, Madden NFL 18 dan Rainbow Six Siege.

Mungkin ini adalah masanya untuk Epic Games mempertimbangkan untuk melancarkan secara rasmi Fortnite serta matawang dalam game ini ke PlayStation Store Asia. Pemain-pemain Asia pun nak shopping barangan kosmetik dalam Fortnite jugak!

PUBG kini bermaharaja lela di Steam, dengan rekod 3 juta pemain serentak – manakala Fortnite pula kini adalah raja di PS4. Lihatlah betapa trendingnya genre battle royale pada masakini, yang mendominasi dua platform gaming paling popular di atas muka bumi.

Maka, tidak hairanlah kalau game-game lain juga ingin mengeluarkan mode battle royale mereka sendiri – antaranya ialah Paladins: Battlegrounds.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.