Masa untuk jadi Hitman dalam Fortnite?

Kemaskini pertama untuk tahun 2018 dalam Fortnite Battle Royale bakal tiba pada hari ini. Kali ini, Epic Games akan lebih memfokuskan kepada tema yang lebih “senyap”.

Melalui pengumuman di laman web rasminya, Epic telah mengumumkan satu senjata baru, iaitu Silenced Pistol, sebuah pistol yang mana musuh tidak akan tahu dari mana datangnya tembakan itu apabila terkena. Senjata baru ini akan dikeluarkan pada pukul 9 malam ini (waktu Malaysia).

Selain itu, mereka juga telah mendedahkan satu lagi mode dalam waktu terhad terbaru, digelar Sneaky Silencers, sebuah mode yang hanya menampilkan Suppressed SMG dan Silenced Pistol – membuatkan pertempuran battle royale lebih sunyi dan sepi. Membuatkan mode ini lebih menarik adalah ia akan menaikkan drop rate untuk Bush (semak).

Sneaky Silencers akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari ini.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Sedang Baiki Isu Inventori Dan V-Buck, Epic Jelaskan Bagaimana Mereka Akan Beri Pampasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.