Di sebalik kontroversi yang timbul tentang mode terbaru yang dibawakan ke dalam Fortnite, ia terus melebarkan sayapnya!

Game terbaru keluaran Epic Games, Fortnite: Battle Royale terus memecahkan rekodnya yang tersendiri, yang mana beberapa statistik telah didedahkan di laman Twitter rasmi mereka.

Epic Games telah mendedahkan bahawa 3.7 juta pemain telah dicapai pada hari Ahad lalu (jumlah pemain harian), dan juga pada hujung minggu tersebut, rekod seramai 525,000 pemain telah dikumpulkan pada satu-satu masa (dimainkan serentak).

Rekod ini telah dicapai melalui tiga platform yang dikeluarkan iaitu di PC, PS4 dan Xbox One dalam tiga rantau, iaitu Amerika Utara, Eropah dan Oceania.

Game ini dijangka akan meluaskan lagi jumlah pemainnya memandangkan ia adalah sebuah game free-to-play dan terdapat banyak lagi kandungan yang akan ditambah pada masa terdekat dan akan datang. Apatah lagi, ia adalah satu-satunya genre battle royale yang terdapat di platform konsol.

Fortnite: Battle Royale kini boleh dimainkan dalam versi Early Access secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One. Ia akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun hadapan juga sebagai game free-to-play.

JomBaca: Epic Games Mengesahkan ‘Beribu’ Penipu Telah Diharamkan Dari Fortnite: Battle Royale

Comments

comments