Lebih ramai, lebih meriah!

Epic Games telah mengeluarkan blog post terbaru yang mengemaskini kepada para pemain apakah yang telah dan bakal mereka lakukan untuk Fortnite Mobile.

Berita yang pastinya ditunggu adalah pelancaran game ini ke platform Android. Menurut Epic, Fortnite akan dikeluarkan ke Android pada musim panas ini (sekitar Jun hingga September). Jadi, bersabarlah ya pengguna Android kerana tidak lama lagi korang akan boleh menyertai rakan-rakan di iOS.

Fortnite telah boleh dimainkan oleh semua pengguna iOS (tanpa perlu jemputan) pada awal bulan lalu.

Selain itu, fungsi Voice Chat akan ditambah ke platform mobile yang mana fungsi ini nanti akan turut menyokong cross-platform. Mereka kini sedang berusaha untuk meletakkan butang yang sesuai bagi memudahkan pemain membisukan (mute) mikrofon sendiri, membisukan suara rakan lain dan kembali membukanya. Namun, fungsi ini masih belum diberitahu bilakah akan ditambah.

Di samping itu, mereka turut mengingatkan bahawa Fortnite Mobile telah ditambah dengan keupayaan untuk meng-customize HUD bagi korang mencari posisi paling sesuai untuk setiap butang.

Banyak lagi tentang fungsi dan pretasi Fortnite Mobile buat masa sekarang yang dikemaskini oleh Epic. Korang boleh bacanya dengan penuh di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.