Ber-battle-royale di acara PlayStation rasmi terbesar Asia Tenggara.

Dari semasa ke semasa, PlayStation Asia akan mengumumkan apakah game yang akan korang boleh mainkan di PlayStation Experience (PSX) SEA 2018. Terbaru, mereka telah mengumumkan Fortnite adalah salah satu daripadanya.

Agak kurang pasti mengapa Fortnite dibawakan sebagai salah satu game yang boleh dimainkan di sana nanti memandang kebiasaannya mereka akan bawakan game-game yang baru atau belum dilancarkan. Mungkinkah akan ada beberapa pengumuman baru untuk game ini di sana nanti?

Ia mungkin juga disebabkan Fortnite baru sahaja dilancarkan di pasaran Asia (R3) secara rasmi, dan mungkin untuk meraikannya, mereka bawakan game ini sebagai game yang boleh dimainkan di PSX SEA 2018.

Selain Fortnite, game-game lain yang telah diumumkan sebagai game yang boleh dimainkan adalah Sonic Mania Plus, Frantics, Firewall Zero Hour Blood & Truth dan ASTROBOT: RESCUE MISSION.

Untuk tahun ini, PSX SEA akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 Ogos ini.

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, iOS dan Switch.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.