Dua control berbeza yang boleh buat pening!

Semasa mode Battle Royale dalam Fortnite mula dilancarkan, Epic Games hanya membawakan control yang sama dengan mode yang telah mereka lancarkan sebelum itu, iaitu Save the World. Kemudian, dalam kemaskini 1.8, mereka telah bawakan satu control baru untuk Battle Royale bagi pemain PS4 dan Xbox One, yang mana ia lebih dekat dengan kebanyakan game shooter, digelar ‘Combat Pro’.

Kini, kebanyakan pemain Battle Royale yang menggunakan control Combat Pro, kemudian bertukar-tukar pula antara mode Battle Royale dan Save the World, mempunyai sedikit masalah, termasuk penulis sendiri.

Pemain perlu mengingati dua control yang berbeza, walaupun dalam game yang sama – yang mana Battle Royale menggunakan control yang lebih dekat kebanyakan game shooter, manakala Save the World masih lagi menggunakan control asal.

Ramai pemain meminta Epic untuk bawakan sahaja Combat Pro ke dalam Save the World, namun ia tidak semudah itu kata pengarah kreatif Fortnite, Darren Sugg kepada USGamer, kerana control Save the World diletakkan berdasarkan kelas-kelas karakter yang ada dalam mode PvE itu.

 

“Kami sedang mengusahakan persamaan kepada skema control antara dua mode itu,” kata Sugg. “Pasukan kami sudah mempunyai beberapa idea, jadi pemain boleh melihat kemaskini ini pada masa akan datang.”

Kata beliau lagi, membuat control yang sama antara dua mode ini bukanlah semudah “dengan hanya membawakan control Battle Royale”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.