Akhirnya, Formula 1 (F1) akan memperkenalkan kejohanan esports mereka yang tersendiri buat kali pertama. Kata orang putih, better late than never, kan?

Siri kejohanan esports F1 akan bermula pada bulan September ini dan akan mempunyai tiga peringkat, yang akan disaringkan hingga ke minggu terakhir, di mana 20 gamers (atau racers?) akan berentap antara satu sama lain!

Kejohanan tahunan yang bakal dimulakan pada tahun ini merupakan hasil kerjasama antara F1, Codemasters (developer untuk game-game F1) dan Gfinity (penganjur acara esports tersohor dunia).

Bagaimana mereka akan mencari racer terbaik ini? Pusingan kelayakan akan bermula pada September dan 40 racers terpantas akan dipilih. 40 racers ini akan pergi pusingan separuh akhir yang bakal berlangsung di Gfinity Arena, London pada 10 dan 11 Oktober. 20 racers terpantas pula akan dipilih.

20 racers terakhir ini akan berentap di Yas Marina, hujung minggu yang sama di mana F1 finale diadakan di Abu Dhabi pada November ini. Acara tiga-perlumbaan akan berlangsung bagi menobatkan siapakah juara esports yang pertama dalam siri kejohanan ini.

Jadi, apa yang juara ini akan dihadiahkan? Pertama, slot automatik ke kelayakan separuh akhir pada 2018, kedua, perjalanan ke perlumbaan F1 2018, dan ketiga, karakternya akan dimasukkan ke dalam video game F1 2018!

F1 2017 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 25 Ogos ini.

Sumber: WTF1

Comments

comments