Kalau anda tiada sambungan Internet, anda tidak boleh memainkan game ini? Betul ke bohong?

Game-game yang dikeluarkan Ubisoft cukup terkenal dengan fungsinya yang memerlukan Internet sepanjang masa untuk bermain. Kebiasaannya, ia membabitkan game yang bergenre open-world seperti The Crew, Tom Clancy’s The Division, dan game yang baru sahaja dikeluarkan, Steep.

Terbaru, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa game akan datang Ubisoft, For Honor (game yang BUKAN bergenre open-world) akan turut memerlukan Internet sepanjang masa untuk bermain. Khabar angin ini adalah seperti apa yang dilaporkan oleh satu tweet dari Wario64:

Tweet tersebut telah memuatnaik gambar muka hadapan For Honor, yang turut memaparkan label “Internet Connection Required”. Sama ada muka hadapan ini sahih ataupun tidak, ia tidak dapat disahkan.

Laporan ini juga mungkin boleh diragui kerana Ubisoft telah mengesahkan serta memperlihatkan story campaign, sesuatu yang pastinya tidak memerlukan sambungan Internet untuk bermain.

Namun, sekiranya khabar angin ini adalah benar, ia bakal menambahkan lagi kekecewaan yang telah melanda para peminat sebelum ini, di mana Ubisoft telah membuang mode split-screen daripada game ini.

Apa pendapat anda? Adakah Ubisoft bakal membawakan fungsi ini ke dalam For Honor pula? Atau adakah ini hanyalah sekadar satu khabar angin liar?

For Honor akan dilancarkan pada 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments