Asahkan senjata anda semua – kita akan mula bertempur pada bulan hadapan!

Ubisoft telah mengumumkan tarikh Closed Beta untuk For Honor, iaitu pada bulan Januari nanti. Tarikh tepat ia akan bermula masih belum diumumkan.

Di samping itu, mereka turut memperkenalkan War of The Factions. Pilih Factions yang ingin anda wakili, iaitu sama ada Vikings, Samurai atau Knights, dan kumpulkan mata kepada Factions itu. Mata-mata itu akan mempengaruhi kedudukan global ketiga-tiga Factions ini, seterusnya Factions yang memperoleh mata tertinggi dalam Closed Beta ini akan mendapat reward istimewa untuk game penuh kelak.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, Ubisoft telah mengeluarkan 3 video trailer terbaru Рdi mana satu video memperkenalkan asas jalan cerita dalam story campaign, dan 3 lagi video aksi multiplayer, memperkenalkan peranan serta abiliti Warlord (Viking), Peacekeeper (Knight) dan Shugoki (Samurai).

Jom layan:

Sekiranya belum, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan akses kepada Closed Beta ini di sini.

For Honor akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments