Game simulasi pengurusan bola sepak yang cukup popular dari Sega untuk edisi 2018 telah diumumkan tarikh pelancarannya.

Football Manager 2018 akan dilancarkan pada 10 November 2017 di PC, Mac dan Linux. Sega mengatakan bahawa maklumat lanjut tentang fungsi-fungsi terbaru yang akan ditampilkan dalam game ini kelak bakal didedahkan sekitar akhir bulan September nanti.

Korang boleh memainkan game ini dua minggu lebih awal melalui versi beta yang akan dikeluarkan. Bagaimana ingin mendapat akses kepada beta ini? Korang perlu pre-order game ini melalui kedai-kedai yang mendapat pengesahan daripada Sega.

Kesemua progress yang korang perolehi dalam versi beta ini nanti boleh dibawa ke dalam game penuh yang bakal dilancarkan pada November itu.

Steam juga sedang menawarkan tawaran yang agak hebat untuk game ini. Bagi korang yang memiliki Football Manager 2017, diskaun sebanyak 25% akan diberikan sekiranya korang melakukan pre-order untuk Football Manager 2018 sebelum 9 Oktober.

Dan kalau korang masih belum dapatkan Football Manager 2017, Steam kini menawarkan diskaun sebanyak 80%!

Selain itu, buat pertama kalinya, versi mobile dan tablet, iaitu Football Manager Mobile 2018 dan Football Manager Touch 2018 akan dilancarkan serentak dengan versi desktop.

Comments

comments