Kepada keyboard warriors dan unofficial footie pundits, tak payah nak sembang boom bang – kasi tunjuk skill korang manage team bola dalam Football Manager 2016 ni plis. Nih member kitorang dari SemuanyaBola.com share lagi satu artikel pasal game PC ini! Jom kita layan!

Bersiap-sedialah untuk kumpul duit kerana Sports Interactive baru sahaja mengumumkan banyak penambahan baru dalam Football Manager 2016.

Penambahan ini diminta oleh peminat francais game Football Manager dalam forum rasmi Sports Interactive.

Berikut adalah penambahbaikan yang akan muncul dalam Football Manager 2016.

1. Reka avatar pengurus di tepi padang

Buat kali pertamanya, anda boleh mereka avatar anda sendiri di padang dengan model 3D.

Anda boleh memilih sama ada mahu memakai sut kemas seperti Jose Mourinho atau t-shirt dan seluar senaman seperti Tony Pulis!

Walaupun enjin grafik 3D masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki, ia masih boleh diterima. Lagipun grafik bukanlah sebab utama anda main Football Manager kan?

Initial Announcement - Manager on Touchline Creation

Manager On Touchline 3

2. Cipta pasukan dan liga anda sendiri (Fantasy Draft)

Fantasy draft adalah mode permainan terbaru dalam Football Manager 2016.

Jika sebelum ini anda hanya boleh bermain menggunakan pasukan dalam liga yang sedia ada, kali ini anda boleh mencipta pasukan dan liga impian anda sendiri.

Sama seperti Fantasy Premier League, anda diberi bajet yang tertentu. Dengan bajet tersebut, anda perlu memilih 25 pemain sebelum menentang pengurus-pengurus pasukan lain.

Cuma berbeza dengan Fantasy Premier League, satu pemain hanya boleh dimiliki oleh satu pasukan sahaja. Ini bermakna, jika pemain yang anda mahukan sudah diambil pasukan lain, anda perlu memilih pemain lain.

FM16 - Fantasy Draft - Game Set Up

FM16 - Fantasy Draft - Creating Club_2

FM16 - Fantasy Draft - Draft Stage_1

3. Cipta kelab anda sendiri (Create-a-Club)

Create-a-club juga salah satu mode permainan terbaru dalam Football Manager 2016.

Cuma berbeza dengan mode Fantasy Draft, mode Create-a-Club membenarkan pasukan impian ciptaan anda untuk bertanding dalam liga sebenar.

Ini bermakna anda boleh:

1. menubuhkan pasukan anda sendiri (contoh: Sabak Bernam FC).
2. masukkan Sabak Bernam FC ke Liga FAM (atau Liga Super terus).
3. mencipta pemain kelab anda sendiri (contoh: Sabak Bernam FC mempunyai pemain yang semuanya berketinggian 185cm ke atas)
4. tentukan warna dan corak jersi kelab
5. dan sudah tentulah, tentukan taktikal pasukan anda.

FM 2016 - 09 - Create-a-Club - Edit Club

8518 - Create a club - Creating a player

4. Analisis perlawanan oleh Prozone

Ini adalah penambahan yang paling kami suka.

Kerjasama Sports Interactive dengan syarikat pembekal data statistik, Prozone, membolehkan Football Manager 2016 mempunyai kelengkapan analisis ketika perlawanan dan selepas perlawanan.

FM16 - Prozone - Cross Stats

FM16 - Prozone - Shot Stats

5. Cipta rutin sepakan percuma dan sudut yang lebih terperinci (Set-piece Creator)

Jika sebelum ini anda perlu mengubah rutin sepakan sudut atau percuma anda secara manual, anda boleh reka dan simpan rutin ini siap-siap dalam Football Manager 2016.

Katakan rutin pertama sepakan sudut anda tidak menjadi ketika menentang Chelsea, anda boleh mengubahnya kepada rutin kedua dan beri kejutan kepada pertahanan Chelsea.

FM 2016 05 - Set Piece Creator_2

5. Arahan taktikal yang mempunyai grafik

Jika sebelum ini arahan taktikal dalam Football Manager 2015 agak sukar difahami oleh pemain baru yang tidak berapa faham tentang asas taktikal, arahan taktikal Football Manager 2016 tampil dengan grafik penjelasan.

Initial Announcement - Team Instructions

6. Interaksi dengan media, pemain dan ahli lembaga pengarah kelab yang lebih terperinci

Ini berita baik jika anda minat bermain mind games dengan pengurus kelab lain, membina hubungan baik dengan pemain dan ahli lembaga pengarah kelab.

Football Manager 2016 menawarkan lebih banyak variasi dalam interaksi anda.

Seperti Football Manager 2016, anda juga boleh mengubah intonasi ucapan anda daripada tenang (calm), tegas (assertive), berhati-hati (cautious) dan bersemangat (passionate).

FM16 - Exclusive Interviews

FM16 - Contextual Promotion Team Talks

7. Kebolehan cross-save

Keistimewaan ini hanya boleh dinikmati oleh pembeli Football Manager 2016 versi touch sahaja.

Dalam Football Manager 2016 versi touch, save game untuk semua versi Football Manager 2016 (sama ada mobile atau desktop version) adalah saling berkait.

Ini bermakna, jika anda bermain menggunakan desktop, anda boleh sambung save game anda di tablet atau smartphone anda. Begitu juga sebaliknya.

10253 - FMT Player Overview

Muncul di pasaran sebelum Krismas 2015

Football Manager 2016 versi desktop bakal muncul di pasaran pada 13 November 2015.

Bagaimanapun tarikh versi mobile dan touch masih belum diumumkan. Apa yang pasti Sports Interactive menetapkan Football Manager 2016 versi mobile dan touch akan siap sebelum Krismas atau 25 Disember 2015.

Harga Football Manager 2016 adalah RM105.00 di Steam.

Comments

comments