Nintendo telah mengumumkan Fire Emblem Heroes bagi smartphone korang!

Mobile game ini akan dilancarkan di Google Play bagi platform Android pada 2 Februari dan kemudian di platform iOS.

Di dalam game ini nanti, korang akan bermain sebagai Summoner dan memanggil Heroes dari keseluruhan siri Fire Emblem, kumpulkan bala tentera korang, level up Heroes tersebut dan berperang secara strategik dengan menggunakan kelebihan mukabumi bagi mencapai kejayaan!

Map direka sesuai untuk skrin peranti korang, hanya drag Heroes korang ke pihak musuh untuk melakukan serangan, ataupun gunakan Fire Emblem controls. Kawalan weapon triangle system kembali dan korang dinasihatkan untuk merancang strategi mengatasi attributes pihak musuh bagi memastikan kemenangan!

Karakter-karakter Fire Emblem Heroes akan mendapat character art baru dengan rakaman suara baru juga! Disamping main quest, terdapat pelbagai mode untuk membolehkan korang level up, dapatkan skill baru dan mempertingkatkan ratings Heroes korang.

Nintendo telah melancarkan laman web di mana korang boleh mengundi kemasukan Heroes Fire Emblem kegemaran korang untuk in-game event. Undilah sekarang di SINI.

Comments

comments