Dalam temubual Hajime Tabata bersama GameSpot.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild yang telah diterbitkan pada awal tahun telah mendapat pujian yang menyeluruh daripada industri gaming dan ini termasuklah Hajime Tabata, direktor bagi Final Fantasy XV. Perkara ini telah disampaikan oleh beliau dalam temubual bersama GameSpot di PAX West baru-baru ini.

Dalam temubual itu, Hajime Tabata telah menyatakan bahawa beliau ingin mencipta semula kepuasan menerokai dunia Hyrule dengan teknologi yang dimiliki oleh Square Enix. Beliau juga menyatakan bahawa Breath of the Wild adalah satu yang padat dan lengkap, hampir sempurna.

Melihatkan perkara ini, jelas The Legend of Zelda: Breath of the Wild bakal menjadi titik ukur bagi keluaran Final Fantasy yang seterusnya.

Sumber: Gamespot.

The Legend of Zelda: Breath of The Wild: Boleh Beli Or Boleh Blah!?

 

Comments

comments