Hajime Tabata mula menyatakan sedikit kekecewaan.

final-fantasy-xv-01

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata mula memberi amaran bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mula menyebarkan sebahagian besar footage daripada game ini.

“Malangnya, terdapat pengedaran yang tidak disahkan terhadap edisi berkotak Final Fantasy XV di beberapa rantau terpilih dan kami telah melihat gameplay footage daripada peminat yang bermain unit ini sudah dimuat naik online. Walaupun situasi seperti ini timbul dari beberapa keadaan tertentu di sesetengah rantau dan mungkin adalah sesuatu yang tidak mungkin dielakkan sepenuhnya, kami sangat kecewa dengan situasi ini.

Disebabkan leaks daripada penjual ini, Tabata mengatakan peminat mungkin akan menjumpai gameplay footage yang berada di bahagian terkemudian dalam game ini. Walaupun beliau telah meminta untuk para pemain yang sudah memiliki game ini untuk menghormati sehingga ia dilancarkan secara rasmi, pengarah itu sedar bahawa spoiler tetap akan keluar dalam masa terdekat, dan dalam kuantiti yang besar.

Ia pastinya sesuatu yang amat mengecewakan, di mana para peminat setia Final Fantasy telah menunggu selama kira-kira 10 tahun untuk siri ke-15 ini.

final_fantasy_15_5

“Sebuah pasukan yang besar dan berdedikasi telah bekerja keras untuk mencipta game ini dan membangunkan sebuah Final Fantasy yang akan dinikmati semua. Ia pasti akan sungguh mengecewakan kami jika keseronokan pelancaran ini akan di-spoiled kepada ramai pemain apabila kita sudah semakin hampir kepada pelancaran,” tambah Tabata lagi.

Walaupun para pemain ini sudah memiliki Final Fantasy XV, mereka pastinya tidak akan dapat memainkan versi yang paling terkini kerana Day One Patch akan dikeluarkan pada hari pelancaran kelak.

final-fantasy-xv

Final Fantasy XV akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 29 November ini.

Comments

comments