in

Final Fantasy XV: Square Enix Umumkan Play Arts Kai Gladio, Ignis & Prompto!

Bukan Noctis je dapat figurine Play Arts Kai. Geng yang lain pun dapat jugak!

Square Enix hari ini telah mengumumkan figura Final Fantasy XV Play Arts Kai bagi Gladios, Ignis dan Prompto.

Malangnya, seperti Ultimate Edition Final Fantasy XV, anda hanya boleh membuat pre order ini melalui Square Enix Online Store US dan Europe sahaja. Kedua-dua website ini tidak membuat penghantaran di luar kawasan mereka.

Apa yang menarik, jika anda pre order daripada Square Enix Online Store Europe, ada 10% diskaun buat anda (jika anda tinggal di Europe).

Berikut adalah beberapa details daripada website Square Enix Online Store :

Prompto

Play-Arts-Kai-Prompto-001

Prompto adalah kawan baik kepada Noctis, dan akan sentiasa membantu Noctis dengan handgun nya sentiasa tersedia.

Play-Arts-Kai-Prompto-003

Action figure Prompto ini betul-betul replikasi rupa bentuk in-game Prompto, dari segi tekstur dan warna pakaiannya sampailah ke tahap hal-hal terperinci yang lain seperti patches, stud dan tenunan di pakaiannya.

Play-Arts-Kai-Prompto-002

Ada beberapa sendi yang Prompto yang fleksibel. Figura Prompto juga datang dengan bandana yang boleh anda adjust supaya anda boleh pose Prompto yang suka bergurau dan bermain ini, ikut suka anda.

Play-Arts-Kai-Prompto-004

Figura Prompto datang dengan display stand dan tangan yang boleh bertukar-tukar.

Play-Arts-Kai-Prompto-005

Saiznya adalah (di dalam inci), W 3.5″ x D 2″ x H 11″, dan bakal release pada 30 September 2016.
Play-Arts-Kai-Prompto-006
Harga figura Prompto adalah USD 129.99 atau €109.99 (~RM 520 jika direct convert)
Play-Arts-Kai-Prompto-007

Ignis

Play-Arts-Kai-Ignis-001

Ignis adalah penasihat buat Crown Prince Noctis. Sedari kecil, Ignis telah diajar dan digilap untuk jawatan ini.

Play-Arts-Kai-Ignis-002

Ignis seperti mempunyai aura seorang yang sofistikated, dengan gayanya yang tenang dan tampak bijaksana. Aura Ignis ini jelas dapat dilihat dalam figuranya.

Play-Arts-Kai-Ignis-003

Figura Ignis dibuat dengan begitu teliti dan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap warna, dan detail pakaiannya, dari tali pinggang, ke butang baju sampailah ke tapak kasut dan seluar Ignis yang mempunyai pattern harimau bintang, tepat dan sama seperti in-game designnya.

Play-Arts-Kai-Ignis-004

Figura Ignis juga datang dengan display stand dan tangan yang boleh bertukar-tukar.

Play-Arts-Kai-Ignis-006

Saiznya adalah (di dalam inci),W 3.54″ x D 2″ x H 11″, dan bakal release pada 9 September 2016.
Play-Arts-Kai-Ignis-005
Harga figura Ignis adalah USD 129.99 atau €109.99 (~RM 520 jika direct convert)
Play-Arts-Kai-Ignis-007

Gladiolus

Play-Arts-Kai-Gladios-001
Dilatih untuk berkhidmat sebagai King’s Shield, Gladio mempunyai fizikal yang mengagumkan, dan ini telah direplikasi dengan terperinci dalam figura Gladio.
Play-Arts-Kai-Gladios-002
Figura Gladio mempunya sendi-sendi yang boleh diubah-ubah untuk anda posing Gladio ikut suka anda. Setiap ciri-ciri Gladio direplikasikan dengan begitu detail, daripada tenunan di atas pakaiannya sampailah kepada tattoo yang dicacahkan di atas badannya.
Play-Arts-Kai-Gladios-003
Dengan greatsword Gladio di tangan, Gladio adalah satu figura yang hebat untuk dipertontonkan.
Play-Arts-Kai-Gladios-004

Figura Gladio juga datang dengan display stand dan tangan yang boleh bertukar-tukar.

Play-Arts-Kai-Gladios-005

Saiznya adalah (di dalam inci),W 3.5″ x D 2″ x H 11″, dan bakal release pada 21 October 2016.
Play-Arts-Kai-Gladios-006
 Harga figura Gladio adah sedikit mahal dari Ignis dan Prompto pada USD 139.99 atau €119.99 (~RM 560 jika direct convert)
Play-Arts-Kai-Gladios-007

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bila Abah Review PS+: Galak-Z

Doom: Jom Layan Live Action Trailer!