ESRB sudah menilai Final Fantasy XV: Royal Edition menandakan game JRPG ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut laman sesawang ESRB, Final Fantasy XV: Royal Edition sudah dinilai termasuk dalam kategori remaja (Teen), akan dikeluarkan untuk PS4 dan Xbox One.

Walau bagaimanapun, ESRB tidak mendedahkan kandungan apa yang akan disertakan dalam versi Royal Edition ini.

Namun, ini mungkin menunjukkan klu bahawa Royal Edition yang akan dikeluarkan adalah gabungan Final Fantasy XV bersama-sama segala kandungan DLC yang telah dikeluarkan (post-launch content) selepas pelancaran game asal seperti episod penceritaan karakter Gladiolus, Prompto dan Ignis dan DLC multiplayer Comrades.

Mungkin ini adalah masa sesuai untuk mengeluarkan keseluruhan post-launch content bersama-sama game asal sejak Final Fantasy XV diumumkan bagi versi PC pada awal tahun ini.

Setakat ini, Square Enix masih lagi belum mengumumkan secara rasmi tentang Final Fantasy XV: Royal Edition. Selain itu, Square Enix juga akan mengumumkan tarikh-tarikh untuk game ‘besar’ yang dinanti-nantikan oleh pemain pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.