Final Fantasy XV (FFXV) telah menambah lagi kehebatan game ini dengan mengadakan mode online co-op multiplayer sebanyak 4 orang sekali jalan!

Mode ini akan datang bersama DLC terakhir kepada siri FFXV yang bertajuk “Comrades”selepas DLC “Holiday Pack”. Sebanyak 3 ‘Episode’ akan menceritakan latar belakang 3 lagi party member Noctis iaitu, Ignis, Prompto dan Gladiolus.  Lepas tu korang enjoy expansion dari DLC “Comrades” dan start main sebagai member-member Noctis ini!

DLC Comrade termasuk di dalam kandungan Season Pass sekarang yang menawarkan 3 story ‘Episode’, ‘Weapon’ pack dan “Holiday” pack DLC berharga $25 (RM100). Episode Gladio akan keluar sebelum 25 Disember 2016, diikuti oleh Episode Ignis and Episode Prompto. Penerbit DLC, Haruyoshi Sawatari mengatakan kisah cerita dari DLC Comrades ini berkait rapat dengan jalan cerita asal FFXV tetapi tidak sesuai untuk menjadi sebahagian daripada aliran cerita di dalam plot asli. Ada sesetengah kisah lebih baik dikenali secara asing di dalam DLC  ini.

Pemain boleh explore kawasan dan play-style yang baru apabila dapat control member-member dari party Noctis. Weapon dan barangan yang di dapati dari DLC ini juga akan boleh digunakan di dalam game utama nanti.

Siapakah jejaka di dalam party Noctis yang korang minat nak main? Cuba bagitau sikit siapakah pilihan korang di ruangan komen!

Comments

comments