Pemain PC kini boleh menikmati Final Fantasy XV yang sebelum ini dilancarkan untuk konsol sahaja.

Berita besar ini disampaikan oleh pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata semasa Gamescom 2017.

Square Enix mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Final Fantasy XV tiba untuk PC pada awal tahun 2018 dan edisi PC kali ini mendapat kerjasama bersama Nvidia.

Teknologi GameWorks Nvidia turut serta dalam edisi PC untuk menjana grafik masa sebenar dan simulasi fizik. Berikut ialah perkara-perkara menarik untuk Final Fantasy XV Windows Edition:

  • NVIDIA Flow – mencipta asap, api dan bendalir seakan hidup.
  • NVIDIA HairWorks – mencipta bebulu dan rerambut yang dinamik untuk karakter, haiwan dan raksasa dalam game.
  • NVIDIA ShadowWorks – membolehkan karakter mempunyai bayang-bayang tersendiri.
  • NVIDIA Turf Effects – menghidupkan suasana rumput dan tumbuh-tumbuhan seakan realistik dalam game.
  • NVIDIA VXAO – menambah kedalaman realistik berdasarkan prinsip fizik bayang-bayang dan cahaya.

Anda boleh juga ambil screenshot yang cantik-cantik dengan sokongan GeForce Experience.

  • NVIDIA Ansel, salah satu alat fotografi terdapat dalam game membolehkan pemain untuk menangkap gambar dari mana-mana tempat, laraskan dengan filter selepas proses, tangkap gambar HDR dalam format tinggi dan berkongsi screenshot dalam 360 melalui telefon pintar, PC ataupun headset VR.
  • NVIDIA ShadowPlay Highlights menangkap atau merakam pencapaian gaming pemain dalam video dan screenshot secara automatik. Pemain juga boleh berkongsi pencapaian melalui pelbagai saluran media sosial.

Saksikan video cemerlang Final Fantasy XV: Windows Edition di bawah:

Lebih menarik lagi, semua update dan DLC yang dikeluarkan untuk konsol akan termasuk sekali serta mod first-person baru diperkenalkan untuk edisi PC.

Final Fantasy XV: Windows Edition akan dikeluarkan untuk Steam dan Origin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.