2 Mode paparan istimewa untuk PS4 Pro diumumkan bersama.

final-fantasy-xv-00

Baru-baru ini, sebuah stream telah dilakukan oleh Square Enix dan mereka telah mengumumkan beberapa info baru untuk Final Fantasy XV. Antaranya ialah, demo baru akan terbitkan untuk Final Fantasy XV dan ia akan dinamakan sebagai Judgment Disc. Dalam demo ini, pemain akan berpeluang untuk mencuba sedikit aksi dalam chapter pertama.

Disamping itu, Direktor Hajime Tabata turut mengumumkan bahawa PS4 Pro akan mempunyai kebolehan untuk memainkan Final Fantasy XV dalam 2 mode. Mode yang pertama akan mempunyai resolusi 1080p dengan 60fps dan yang mode yang kedua mempunyai resolusi 4k dengan fps diantara 40 hingga 50.

Demo bagi Judgement Disc hanya boleh didapati melalui PSN Store Jepun buat masa ini.

Final Fantasy 15 akan diterbitkan pada 29 November untuk PS4 dan Xbox One.

Sumber dari Siliconera.

Comments

comments