Final Fantasy. Ianya tidak asing lagi dalam kalangan peminat JRPG tegar di serata dunia. Ianya terkenal kerana karakter-karakter dan gameplay yang iconik, di samping penceritaan yang mantap.

Tajuk: Final Fantasy Awakening
Muat-turun: Google Play
Kod bagi item istimewa boleh didapatkan dari sini.

Sekarang, satu lagi game mobile Final Fantasy telah keluar untuk platform mobile iaitu Final Fantasy Awakening! Jadi, nak tahu ianya bagus atau tidak? Jom baca artikel preview ini!

Jadi, game ini macam mana ya?

Seterusnya, kita pergi kepada ciri-ciri yang game ini ada. Saya akan mengulas dari sudut gameplay, grafik, mode permainan dan juga customizations.

Gameplay dia best tak?

Mestilah best! Tidak seperti game-game Final Fantasy sebelum ini, korang tidak lagi terhad kepada sistem turn-based yang biasa dan korang mempunyai kebebasan untuk mengawal karakter korang dan melawan musuh dengan sistem hack-and-slash!

Grafik dia macam mana?

Grafik game ini memang mantap. Pada zaman ini, game-game mobile boleh bertanding dengan konsol dari segi kehebatan grafiknya. Game ini juga tidak terkecuali kerana ianya menggunakan stail grafik yang biasa korang lihat dalam game Final Fantasy, di mana korang boleh lihat daripada ketelitian persekitaran dan juga ketelitian karakter-karakter. Ianya pasti membuatkan korang terpesona!

Mode permainan ada multiplayer tak?

Ada! Di samping mode single-player, game ini juga mempunyai mode multiplayer, jadi korang boleh bermain dengan pemain dari seluruh pelusuk dunia! Di samping itu, korang juga boleh melakukan PvP antara satu sama lain! Pasti syok!

Customizations?

Customizations adalah sejauh mana korang boleh ubahsuai karakter korang untuk jadikan diorang berkuasa. Untuk game ini, korang boleh ubahsuai dengan melengkapkan karakter korang dengan pelbagai kemahiran untuk permudahkan perjalanan korang.

Terdapat pelbagai jenis kemahiran dan korang boleh dapatkannya sepanjang permainan. Di samping itu, korang juga boleh buat kumpulan 4 orang untuk dibawa dalam permainan dan korang juga boleh ubahsuai diorang! Amat padu!

Apa kelemahan game ini?

Jom kita semak pula apa yang kureng pasal game ini! Final Fantasy Awakening ini seperti kebanyakan game mobile masakini memerlukan korang untuk melakukan sedikit pelaburan untuk level up dengan lebih pantas serta gameplay JRPG yang terkenal agak repetitive.

Pertama sekali, game ini masih bergantung kepada sistem memerlukan korang untuk “melabur” dengan wang sebenar, kerana matawang premium di dalam game ini, iaitu Diamond agak sukar diperolehi secara permainan biasa. Jadi, korang kena betul-betul usaha untuk dapatkan Diamond kalau masih nak kekal bermain dengan cara tradisional free-to-play.

Selain itu, gameplaynya agak repetitive, di mana korang kena ulang quest-quest tertentu untuk dapatkan barang yang korang mahu. Namun begitu, ini adalah asam garam bagi game RPG dan mobile, jadi harap bersabar sekiranya korang masih mahu main.

Jadi, untuk penutup, mari kita rumuskan point yang telah diberi!

BOLEH DOWNLOAD

+ Gameplay hack-and-slash yang menarik.
+ Grafik game yang cun taraf konsol!
+ Terdapat mode single-player dan multiplayer.
+ Customization yang padu dan ada kepelbagaian!

BOLEH BLAH

Sama seperti kebanyakan game mobile masakini yang memerlukan sedikit “pelaburan”.
Gameplay JPRG yang agak repetitive.

Comments

comments