Penerbit filem ini telah memberikan sedikit gambaran tentang jalan cerita filem reboot ini.

tomb raider film

Filem Tomb Raider akan datang nampaknya bakal mengambil sedikit ton daripada game terbaru francais ini, Rise of the Tomb Raider. Ia nampaknya bakal memfokuskan kepada pengembaraan Lara Croft dalam mencari bapanya, seperti yang dikatakan oleh penerbit filem ini, Graham King dalam satu temu ramah bersama HeyUGuys.

“Ini adalah sesuatu yang kami panggil sebagai “kembali kepada pangkal ceritanya”. Ini adalah Lara Croft yang muda, dalam pencarian untuk mengetahui sama ada bapanya masih hidup atau telah meninggal dunia, jadi ia mempunyai bahagian yang beremosi dan saya rasa Alicia telah mendapati ia sangat menarik,” kata King.

“Saya rasa penceritaannya adalah sangat baik dan saya rasa kami sudah memiliki kru yang betul dan pengarah yang betul dan saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang seronok dalam membikin filem seperti ini,” tambah King lagi.

rise-of-the-tomb-raider-01

Dalam Rise of the Tomb Raider, kisahnya berkisar tentang Lara yang berusaha untuk meneruskan penyelidikan bapanya, Richard Croft. Jalan cerita filem ini dikuatkan lagi apabila sebelum ini, pelakon watak Lara sendiri, Alicia Vikander mengesahkan bahawa filem ini akan berdasarkan game reboot yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Filem Tomb Raider yang akan mendapat sentuhan arahan Roar Uthaug dan dibintangi Alicia Vikander ini bakal menemui para peminat pada Mac 2018.

Comments

comments