Naughty Dog dan Sony yang kini mempunyai idea yang berbeza membuatkan filem ini tidak berjalan, kata pengarah.

last of us

Jalan cerita yang ditampilkan dalam The Last of Us boleh dikatakan antara penceritaan terbaik pernah dihasilkan dalam mana-mana video game. Berita tentang game ini akan diadaptasikan kepada layar perak membuatkan ramai peminat game ini teruja.

Namun, perkembangan filem adaptasi dari game ini nampaknya tidak berjalan seperti yang diingini. Pengarahnya, Sam Raimi telah memberitahu IGN bahawa filem The Last of Us kini tergendala disebabkan pihak Naughty Dog dan Sony memiliki pendapat yang berbeza mengenai halatuju filem ini.

Beliau mengatakan bahawa kedua-dua pihak Naughty Dog dan Sony tidak mahu menggerakkan filem ini. Pengarah kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann dikatakan tidak bersetuju dengan pengarahan yang dimiliki oleh filem ini.

“Sekarang ini ia hanya duduk di situ. Mereka tidak mahu bergerak ke hadapan, dan bukan tugas saya untuk menyatakan sebabnya, dan Neil, saya rasa, sedang tidak bersetuju dengan mereka tentang beberapa perkara, jadi filem ini hanya tergendala begitu sahaja. Dan saya tiada kuasa untuk menggerakkannya,” kata Raimi.

last-of-us-1

Syarikat di bawah Sony, Screen Gems mengumumkan pada tahun 2014 bahawa mereka akan mengadaptasi game action-adventure, survival horror ini kepada filem Рdengan Neil Druckmann sendiri akan bertanggungjawab sebagai penulis skrip. Sejak pengumuman itu, tiada perkembangan tentang pra-produksi atau mengumumkan pelakon-pelakonnya. Semuanya masih tergantung.

Comments

comments