Filem ini juga akan dibintangi oleh pelakon popular iaitu Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain, umum Ubisoft Motion Pictures.

The Division merupakan game di bawah produksi Ubisoft berkisarkan tentang bandar New York pada masa hadapan selepas berlakunya kejadian epidemik cacar.

Stephen Gaghan menang anugerah Oscar untuk menulis filem Traffic. Tambahan lagi, beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah skrin layar asal bagi filem Syriana iaitu beliau mengarah dan menulis filem berkenaan. Beliau juga pernah menulis untuk game Call of Duty: Ghosts.

Gaghan menyatakan beliau amat teruja untuk terlibat dalam pembikinan filem ini bersama Ubisoft Motion Pictures dan bekerjasama untuk menyampaikan filem The Division ini ke skrin layar perak semasa sidang akhbar baru-baru ini.

Buat masa sekarang, tiada lagi berita tentang pembikinan atau produksi filem.

Filem ini akan menggunakan tajuk sama seperti dalam game dan dibintangi pelakon Hollywood terkenal, Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain.

Ubisoft Motion Pictures baru sahaja mengeluarkan filem Assassin’s Creed kini berada di pawagam dan pelbagai game Ubisoft lain dalam perancangan untuk dijadikan filem seperti Splinter’s Cell, Ghost Recon dan Watch Dogs.

Comments

comments