Lebih banyak pembaharuan telah didedahkan EA Sports untuk FIFA 18 yang akan dilancarkan tidak lama lagi!

EA Sports telah mengeluarkan video pendek terbaru. Video kali ini, ia memfokuskan kepada suasana gegak gempita baru di dalam stadium serta mula memperlihatkan aksi-aksi para pemain meraikan gol.

Selain itu, video ini juga menunjukkan beberapa pembaharuan “kosmetik” di dalam stadium yang akan ditampilkan dalam FIFA 18. Antaranya adalah cara para penonton memberikan reaksi semasa jaringan, hiasan-hiasan tepi padang yang kelihatan lebih realistik dan logo kelab yang kelihatan di atas padang.

Korang boleh saksikan video ini di bawah:

Korang masih belum tonton gameplay penuh FIFA 18 yang pertama? Jom layan gameplay selama 20 minit ini di sini.

FIFA 18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360 dan Nintendo Switch pada 29 September 2017.

JomBaca: Saksikan Rambut ‘Pekan’ Ronaldo Nazario Dalam Trailer FIFA 18 Terbaru Ini – Lebih Ramai ICONS Diperkenalkan

Comments

comments