Saat yang dinantikan telah tiba! Masa untuk kita semua mencuba FIFA 18!

EA Sports telah mengumumkan di dalam laman web rasminya bahawa versi demo untuk FIFA 18 akan dikeluarkan pada hari ini, 12 September di PC, PS4 dan Xbox One. Semasa artikel ini ditulis, demo tersebut masih belum dikeluarkan, namun kami akan mengemaskini artikel ini jika ia telah boleh mula dimuat-turun.

[KEMASKINI]: FIFA 18 Demo dah boleh korang download sekarang!

Apa yang ada dalam versi demo nanti untuk kita cuba? EA Sports akan memberikan kita mode Kick-Off yang boleh dimainkan dengan 12 pasukan dari seluruh dunia di 4 stadium. Selain itu, seperti juga tahun lalu, mereka akan menampilkan sedikit story mode, yang mana kali ini ia akan memperlihatkan kepada kita previu sambungan untuk edisi lalu, The Journey: Hunter Returns.

12 pasukan yang boleh korang mainkan dalam mode Kick-Off adalah:

  • Manchester United
  • Manchester City
  • Real Madrid CF
  • Atlético de Madrid
  • Juventus F.C.
  • FC Bayern Munich
  • Paris Saint-Germain F.C.
  • LA Galaxy
  • Toronto FC
  • Boca Juniors
  • C.D. Guadalajara
  • Vissel Kobe

4 stadium yang boleh korang pilih pula adalah:

  • Santiago Bernabéu
  • La Bombonera
  • StubHub Center
  • King Fahd Stadium

JomBaca: Apa Stadium-Stadium Yang Akan Ditampilkan Dalam FIFA 18? Lihat Senarai Penuh Stadium Di Sini!

FIFA 18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360 dan Nintendo Switch pada 29 September 2017.

JomBaca: Ronaldo, Messi, Neymar, Suarez, Neuer Adalah 5 Pemain Paling TInggi Rating Dalam FIFA 18! Tengok Senarai Penuh Di Sini!

Comments

comments