Dunia terus memperingati tragedi yang cukup menyayat hati ini.

t49shlprawdza6zyhfukvx-650-80

Beberapa hari lalu, dunia digemparkan dengan tragedi yang cukup mengejutkan. Kapal terbang yang membawa pasukan bola sepak dari Brazil, Chapecoense telah terhempas berdekatan Columbia. Pasukan yang sedang dalam perjalanan untuk bermain perlawanan akhir pertama Copa Sudamericana 2016 ini telah terlibat dengan nahas yang telah mengorbankan 77 nyawa. Hanya 6 yang terselamat.

Satu tragedi yang cukup memberi kesan yang mendalam, terutamanya kepada dunia bola sepak.

Terbaru, bagi mengenang tragedi ini, EA Sports telah memberikan jersi dan logo Chapecoense secara percuma dalam mode FIFA 17 Ultimate Team. EA Sports turut menggalakkan para pemain menggunakan jersi dan logo tersebut bagi memberikan semangat kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminat kelab Chapecoense .

14805160561

Anda boleh dapatkan jersi dan logo ini apabila anda membuka mode Ultimate Team. Anda diberikan pilihan untuk memakai terus jersi dan logo tersebut atau mahu menyimpannya (save) terlebih dahulu.

#ForcaChapecoense

Comments

comments