Dengan pelancaran FIFA 16 pada minggu lalu, EA Sports kembali menggoncangkan poket-poket peminat tegar game bola sepak. Namun, adakah edisi pada tahun ini benar-benar berbaloi untuk disambar?

Career Mode Terbaik!

Seperti yang Penulis telah sebutkan sebelum ini, siri FIFA sentiasa jauh meninggalkan pesaingnya, PES dalam menyediakan Career Mode yang cukup baik. Untuk edisi kali ini, FIFA 16 telah memperhalusi mode kegemaran ramai ini dengan lebih cantik dan teliti.

Dengan pengenalan Pre-Season Tournament membuatkan kita lebih teliti dalam menyediakan skuad untuk setiap musim baru – secara tak langsung membuatkan mode ini lebih dekat kepada dunia sebenar. Pre-Season Tournament ini memberikan kita tiga pilihan, yang akan dimainkan di Eropah, Asia, Amerika Selatan atau Amerika Utara. Selain dapat memantapkan lagi skuad untuk menghadapi cabaran musim baru, hadiah yang berjaya dimenangi di tournament ini juga boleh dijadikan bajet untuk pembelian pemain baru!

image.img

Antara lain, FIFA 16 Career Mode juga telah menambah feature ‘Story of The Season’. Sebelum atau semasa perlawanan, commentators akan membincangkan siapakah antara ‘players to watch’ dan membandingkan statistik sepanjang musim. Diorang akan berborak dan menceritakan mengapa pemain-pemain ini harus diperhatikan. Sungguh realistik!

image_2.img

Dengan feature-feature terbaru dalam mode ini, tidak keterlaluan untuk kitaorang katakan bahawa gap antara mode ini dengan Football Manager mungkin telah dikurang. Ya, ‘managerial simulation’ Football Manager masih lagi di tahapnya yang tersendiri, namun, FIFA Career Mode sedang menghampiri!

Gadis & Bola Sepak…

12027178_1644430332507280_2132068893401871115_o

Pengenalan pasukan-pasukan kebangsaan wanita (12 negara) dalam FIFA 16 merupakan sesuatu yang baik. Dengan Piala Dunia Wanita pada tahun ini yang mendapat liputan yang sangat luas – pengenalan ini adalah satu yang mampu menarik segenap pembeli baru kepada siri ini. Boleh dikatakan, pengenalan ini mampu menarik gadis gamers untuk membeli game ini, atau korang boleh ajak buah hati korang untuk berjinak-jinak dengan game bola sepak. Kalau korang dapat tackle crush korang dengan game ini, jangan lupa tag JomGaming :p

12017726_1644430322507281_3884161603063738525_o

Atmosphere Bola Sepak Sebenar!

Saban tahun, siri FIFA tidak pernah mengecewakan dalam membawa suasana bola sepak sebenar terutamanya suasana di dalam stadium. Nyanyian-nyanyian penyokong sangat dinamik dan pergerakan penonton yang lebih realistik dan synchronize bergantung kepada keadaan, sama ada pemain menjaringkan gol (pergerakan yang lebih laju) atau pun ketika pemain baru keluar dari terowong untuk masuk ke padang (pergerakan yang sedikit perlahan).

Sebagai peminat Liverpool sejak di dalam perut ibu, Penulis berasa teruja apabila dapat mendengar The Kop menyanyikan You’ll Never Walk Alone!

12068519_1644475092502804_6154713856235648780_o

Dengan presentation yang memang sebijik diambil dari dunia sebenar (terutamanya presentation Barclays Premier League), penambahan perbandingan statistik pemain sebelum perlawanan dan commentary yang sangat dinamik dan kemas adalah antara beberapa perkara yang membuat kita benar-benar merasakan kita seperti menonton bola sepak. Cutscene unik yang menggambarkan situasi realistik seperti pengadil yang melakukan spray ketika mendapat free-kick, kemudian kesan spray itu masih lagi kelihatan setelah beberapa minit, cukup membuatkan kitaorang kagum semasa pertama kali melihatnya.

fifa

Defensive AI Sangat Membosankan!

Namun, apa yang paling utama dalam sesebuah game bola sepak adalah gameplay on-the-pitch. Cutscene, presentation dan gameplay off-the-pitch semestinya jatuh nombor dua. Di sinilah di mana FIFA 16 gagal dalam memberi perhatian kepada prioriti yang paling utama.

Screen-Shot-2015-08-05-at-10.22.54-1024x537

EA Sports menggunakan tagline #TheBeautifulGame untuk FIFA 16. Namun, tagline ini sama sekali tidak menggambarkan gameplay game ini terutamanya pemain-pemain AI ketika bertahan. ‘Bola sepak yang indah’ boleh digambarkan dengan permainan yang pantas dan cantik; build-up attack yang smooth; pemain pertahanan yang membuat silap, kemudian membuat recover yang kemas; dan gol-gol yang memukau dari pelbagai arah.

Namun, bagaimana ‘bola sepak yang indah’ itu hendak berlaku jika defensive AI yang terlampau disiplin, rigid dan pertahanan solid yang sangat tidak masuk akal – dan seterusnya menyajikan perlawanan yang sangat membosankan?! Tidak mengira sama ada pasukan yang kuat mahupun yang lemah, kesemua pertahanan akan melakukan taktik yang sama – PARK THE BUS!

Bus

Situasi ini tidak berlaku jika kitaorang bermain multiplayer (online atau offline). Pemain pertahanan kelihatan lebih realistik jika bermain multiplayer. Namun, semuanya berubah apabila bermain menentang AI. Kitaorang terpaksa pass, pass dan pass, dan akhirnya terpaksa membuat long shots di luar kotak penalti kerana tidak berjaya menembusi pertahanan. The Beautiful Game apa macam ini?!

Gameplay & Dribbling…

Seperti yang telah dinyatakan tadi, FIFA tidak pernah gagal untuk menambahbaik perkara-perkara off-the-pitch. Namun, episod-episod terdahulu sentiasa berulang, gameplay yang tiada perubahan yang ketara! Ya benar, ada pengenalan baru terhadap dribbling seperti ‘no-touch dribbling’, namun ianya belum cukup untuk memberikan nafas baru terhadap gameplay on-the-pitch bagi siri ini. Konami pada tahun ini yang telah memperbaiki dribbling dengan baik sekali serta mengeluarkan PES 2016 dahulu sebelum siri FIFA (tidak seperti tahun-tahun sebelum di mana FIFA akan release dahulu sebelum PES).

Oleh itu, Penulis yang telah bermain PES dahulu sebelum FIFA pada tahun ini, telah merasakan pemain-pemain di FIFA begitu berat untuk dribble jika dibandingkan dengan PES. Selain dribbling yang tidak smooth, semua pemain yang digunakan pasti akan merasa sama dan tiada beza. Atau dalam kata mudah, sama ada Penulis dribble menggunakan Lionel Messi ataupun John Terry, Penulis tidak akan rasa ada perbezaan. Seolah-olah setiap pemain itu tidak mempunyai definisinya yang tersendiri.

Tubuh Badan & Glitch…

Isu tubuh badan yang kurang ‘proportionate’ dan isu glitch seolah-olah tidak mampu diatasi oleh EA Sports yang telah menghantui siri ini bertahun-tahun. Usah menipu diri, korang harus akui bahawa bentuk tubuh badan setiap pemain di FIFA sangatlah tidak realistik – kurus keding macam lidi! Kadang-kala Penulis terfikir, bagaimana penonton di stadium kelihatan lebih proportionate dan realistik dari pemain yang bermain di atas padang? Please EA Sports, PRIORITIES!

Isu glitch dan FIFA memang berpisah tiada. Korang lihat sajalah sendiri glitch-glitch di bawah:

12052483_1158171640865017_6137191309227742768_o

1442993175_FIFA-16-Glitch-The-Disintegration-Of-Marc-Andre-Ter-Stegen

1442993709_FIFA-16-Glitch-Play-on

1442993948_FIFA-16-Glitch-Ouch

So, Boleh Beli or Boleh Blah?!

+ Penambahbaikan Career Mode yang sangat kemas.

+ Pengenalan pasukan kebangsaan wanita.

+ Atmosphere bola sepak yang sangat dinamik.

– Defensive AI yang tidak masuk akal.

– Dribbling yang sangat berat dan keras.

– Isu glitch yang tidak berkesudahan.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

Comments

comments