Akhirnya Final Fantasy XV sudah pun dilancarkan di seluruh dunia selepas penantian sekian lama! Team JomGaming beramai-ramai turun ke acara yang dinantikan ini! Jom layan!

img_7993
Team JomGaming sempat bergambar bersama Wan Hazmer y’all!

Acara Final Fantasy XV Midnight Launch yang bermula jam 8 malam tadi benar-benar menarik peminat-peminat francais JRPG ini ke GSC Maxx di Berjaya Times Square. Ya, acara pelancaran kali ini diadakan di dalam panggung wayang! Cool, bukan?

Ruang legar GSC Maxx dipenuhi peminat-peminat yang telah pre-order FFXV.
Najmi TheKampungNerd pun ada!

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan acara ini. Ada cosplayers, game demo, lucky draw dan sesi bertemu dengan Wan Hazmer, Lead Game Designer FFXV! Tetapi yang benar-benar membuat kitorang kagum adalah pembentangan bakat-bakat Malaysia yang terlibat di dalam pembikinan FFXV ini!

ffxv_jeremyteo

Pengacara majlis Jeremy Teo dan Wan Hazmer bersama mengacarakan majlis ini dan memperkenalkan studio-studio Malaysia yang terlibat bersama Square Enix di dalam pembikinan FFXV.

ffxv_wanhazmer

Acara dimulakan dengan pembentangan daripada Wan Hazmer, Lead Game Designer FFXV yang menceritakan bagaimana beliau memulakan langkah untuk menyertai Square Enix bermula 2008.

img_8010img_8011

Selepas mengikuti kelas bahasa Jepun untuk menulis kertas cadangan kepada Square Enix di dalam bahasa Jepun, beliau akhirnya berjaya menyertai syarikat tersebut! Nak kejar cita-cita, kenalah ada usaha sama ye tak?

Beliau turut menceritakan pengalaman beliau membangunkan FFXV dan juga elemen-elemen “Malaysia” yang dimasukkan ke dalam game ini. Antaranya kalau korang bermain FFXV ini nanti, korang pasti terhibur dengan adanya roti canai, nasi ayam dan satay di dalam FFXV!

img_8003

Kemudian, wakil-wakil daripada Streamline Studios, Illusionist Animation Studio, dan SoundtRec membuka cerita tentang penglibatan masing-masing di dalam pembangunan FFXV.

streamline-studios

Streamline Studio bukanlah lagi nama asing bagi mereka yang mengikuti pembangunan game-game terkenal masakini. Studio Malaysia ini terlibat di dalam pembikinan lebih daripada 200 game-game AAA termasuk Gears of War, Bioshock Infinite, Star Citizen, Street Fighter V dan terbaru FFXV.

img_8028

Alexander L. Fernandez, CEO Streamline Studios berkata mereka adalah peminat game-game yang dihasilkan Square Enix dan mereka berbangga dapat bekerjasama di dalam menjayakan FFXV ini.

LAMAN RASMI | FACEBOOK

1522238_230769283760733_1419678636_n

Illusionist Animation Studio pula terlibat di dalam pembikinan filem FFXV – Kingsglaive! Impian studio animasi 3D yang ketika dibuka ingin bekerjasama dengan Square Enix, akhirnya menjadi kenyataan! Terhasillah filem CGI, Kingsglaive yang mendapat sambutan positif daripada seluruh dunia!

img_8043-copy

Studio ini percaya dalam memberikan usaha terbaik di dalam kerja mereka menghasilkan ‘miracle’! Kerjasama mereka bersama Square Enix ini pastinya bakal membuka ruang bagi mereka terus menerajui industri CGI tanahair dan juga di peringkat antarabangsa.

LAMAN RASMI | FACEBOOK

img_8044-copy

SoundtRec pula merupakan studio yang terlibat di dalam recording, mixing, mastering, dan juga produksi laguan dan runut bunyian bagi video game dan filem! Berpangkalan di Boston USA, studio ini telah terlibat di dalam BANYAK pembikinan game-game antaranya God Eater 2, Final Fantasy XIII, Tales of Zestiria dan FFXV!

img_8048

Falk Au Yeong, engineer di SoundtRec yang juga anak kelahiran Selangor ini menceritakan bagaimana lagu-lagu Final Fantasy membangkitkan nostalgia dan emosi di kalangan para peminatnya – sehinggakan beliau sendiri sebak semasa bercerita! Ini barulah passion cintakan muzik!

Beliau turut menunjukkan video bagaimana lagu-lagu yang berbeza di setiap area FFXV akan berubah secara dinamik dan tanpa henti, menghasilkan pengalaman muzik yang seamless! Malahan lagu-lagu lama dalam siri FF diberikan nafas baru dan disuntik ke dalam muzik FFXV – seperti Easter Egg bagi peminat tegar siri FF selama ini!

LAMAN RASMI | FACEBOOK

Selepas pembentangan ini, countdown kepada pelancaran FFXV dan sesi kutipan FFXV bagi mereka yang pre-order game ini pun bermula. Pada masa yang sama, sesi bertemu Wan Hazmer juga turut diadakan.

Seronoknya dapat game baru!

img_8106-copy

Bunny Team pun datang jugak!

Team JomGaming sempat mendapatkan tandatangan Wan Hazmer di atas poster dan steelcase FFXV – boleh diabadikan di dalam studio JomGaming nanti!

Majlis diteruskan dengan acara lucky draw yang dinanti-nantikan! Mana taknya, lihat sahaja apa yang ditawarkan – memang berdarah hidung melihatnya! Tahniah kepada para pemenang sekalian. Jeles kitorang dibuatnya!

ffxv_luckydraw

Tahniah kepada PLAY Interactive kerana menjayakan majlis ini. Dan terima kasih kepada MDEC kerana menemukan studio-studio Malaysia ini kepada perhatian Square Enix lalu melibatkan mereka dalam pembangunan FFXV. Malaysia Boleh!

Semoga pembaca-pembaca di luar sana menemukan laluan kerjaya di dalam industri gaming dengan adanya lebih banyak pendedahan-pendedahan sebegini di masa hadapan!

img_8072-copy

Klik Sini Untuk Album Gambar Final Fantasy XV Midnight Launch!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.