Team Final Fantasy XV telah menjawab beberapa persoalan di dalam official forum mereka dan salah satunya adalah mengenai bandar Altissia.

FFXV_Accordo Menurut Ishikawa Tomonori, planner bagi Team FFXV, map Altissia adalah sangat besar sampai developer mereka sendiri sesat di dalam bandar itu! Altissia bakal mempunyai pelbagai jenis lokasi, seperti pelbagai jenis cafe, pasar (market place) dan taman-taman. Pendek kata Altissia memang sebuah bandar yang sangat sibuk yang akan membuatkan anda mahu menjelajah bandar ini sehingga ke lubang cacing!

Tapi anda jangan risau kalau anda tak larat nak jelajah pakai kaki je. Team FFXV menyediakan kemudahan warpiaitu satu kemudahan untuk anda teleport dari satu point ke satu point.

Terada Takefumi, lead level designer dalam Team FFXV, juga menyatakan bahawa mereka menyediakan beberapa pertempuran di udara dengan musuh yang boleh terbang dan anda jugak bakal berjumpa dengan boss yang super besar untuk dilawan!

maxresdefault

Satu lagi soalan yang dijawab oleh Team FFXV adalah berkenaan dengan difficulty mode. Takizawa Masashi, lead game designer bagi FFXV menyatakan bahawa dengan memilih difficulty mode yang berlainan, anda boleh memilih corak permainan anda. Ada mode untuk mereka yang sukakan aksi, gameplay yang lebih teknikal. Ada mode untuk mereka yang lebih sukakan gameplay yang lebih relax dan enjoy semua jenis stail perlawanan.

FFXV bakal menemui gamers semua pada tahun ini, dan nantikan tarikh officialnya pada March nanti!

Comments

comments