Fernando Alonso pun dah mula terjun ke kancah esport!

Pemandu F1 McLaren, Fernando Alonso kini telah menubuhkan pasukan esport racing beliau sendiri, dan para pemain Gran Turismo Sport adalah bertuah kerana bakal menjadi yang pertama untuk menyertai skuad ini.

Alonso menubuhkan pasukan ini, yang digelar FA Racing, dengan kerjasama G2 Esports dan Logitech. Pasukan ini kelak akan turut mencari bakat dalam game dan platform lain, namun buat masa ini ia memfokuskan kepada GT Sport dalam PlayStation 4 terlebih dulu.

“Setiap pemandu Formula One adalah seorang gamer yang tersemat dalam hati,” kata Alonso apabila pasukan esport ini didedahkan pada akhir tahun lalu. “Bertanding dalam pentas maya membuka banyak kemungkinan yang besar untuk para pemandu muda yang selalunya tiada peluang untuk pergi ke arah racing.”

Pusingan kelayakan akan dimulakan dengan lima acara, bermula pada Ahad, 14 Januari ini. Kelayakan ini akan sepenuhnya dijalankan dalam GT Sport secara online. Kereta yang bakal digunakan? Semestinya McLaren 650S GT3.

Kemudian, 10 pemain terbaik dari pusingan kelayakan itu akan mengambil bahagian dalam sebuah acara yang bakal diadakan semasa Mobile World Congress di Barcelona pada 26 Februari. Kesemua 10 pemain ini bakal dihadiahkan dengan G29 sim racing wheel tajaan Logitech.

Dan hadiah utama dalam acara ini? Semestinya dapat masuk ke dalam pasukan FA Racing.

Acara yang dianjurkan oleh LigaPlayStation ini walau bagaimanapun hanya terbuka kepada mereka yang berada di Sepanyol dan Portugal sahaja. Bertabahlah.

Sumber: GT Planet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.