Far Cry: Primal: Berani Mati Di Dunia Zaman Batu!

Akhirnya, setelah leak yang sedikit mencacatkan surprise factor, Ubisoft dah pon announced Far Cry: Primal selepas seharian tease di channel diorang!

FarCryPrimal_01

Selamat datang ke Oros, sebuah dunia Zaman Batu di dalam Far Cry: Primal – dimana semua makhluk boleh dan akan membunuh korang!

Dalam edisi Far Cry kali ini, korang akan bermain sebagai Takkar yang terpisah dari puak hunter-gatherer beliau selepas di ambush dan seterusnya pengembaraan mamat nih dalam mencari jalan pulang!

FarCryPrimal_02

Tengok trailer tuh aje dah buat kitorang impressed! Korang akan memburu mammoth (called it!), berentap dengan sabretooth tiger, dan menghadapi puak-puak primitif lain yang boleh merencatkan kepulangan korang ke pangkuan yang tersayang. Cewah!

Sebagai Takkar, korang memiliki skill-skill hunter-gatherer beliau dalam membuat tools dan senjata dari tulang-temulang haiwan buruan dan juga hasil hutan yang korang collect!

Bagi korang yang familiar dengan siri Far Cry, mechanics skill levelling yang sama boleh korang expect dalam game ini nanti. Cuma korang akan bermain dengan tulang, batu dan kayu! Tak mustahil juga kalau Ubisoft mainkan elemen transition Stone Age ke Bronze Age korang boleh level up metallurgy dan bermain dengan senjata logam? (Ini hanyalah spekulasi Penulis.)

FarCryPrimal_03

Walaubagaimanapun, sepertimana game-game Far Cry sebelom ini, korang akan mengembara solo across dunia open world, merentasi kawasan berpaya, hutan tebal dan bila malam kunjung tiba, bersedialah menghadapi serangan haiwan liar ataupun puak-puak primitif lain! Dari trailer, kelihatan seperti api menjadi best friend korang bila menghadapi pekat malam!

“The Stone Age is the perfect setting for a Far Cry game. The Stone Age is, in a way, the very first frontier for humankind; it’s the time when humans put a stick in the ground and claimed land for their own, the time when we started climbing the food chain. That came with conflict, against other humans of course, but also against nature itself.”

Jean-Christophe Guyot, Creative Director Ubisoft

Ubisoft berkata, Far Cry: Primal akan tiba bagi Playstation 4 dan Xbox One pada 23 Februari 2016, dan Mac 2016 bagi PC. So, bagi korang-korang yanghardcore solo survivalist gamer, mungkin inilah game untuk tunjukkan kehebatan korang!

Comments

comments