fallout_anthologyGuys, nih ada berita gempak baru diumumkan di QuakeCon 2015 oleh Bethesda! Lima game Fallout yang lepas dikumpulkan dalam satu koleksi yang sempoi. Peminat Fallout pasti gatal tangan nak order pabila melihatnya. Jom tengok!

Dipakej di dalam sebuah bekas ohsem yang berbentuk mini bom nuklear yang gila stylo – koleksi ini dikeluarkan dengan harga USD 50 dan untuk platform PC sahaja. Untungla PC MASTERRACE! Kipas-susah-mati Fallout mesti kenal game-game yang ada dalam koleksi ini:

  • Fallout
  • Fallout 2
  • Fallout Tactics
  • Fallout 3 Game Of The Year Edition
  • Fallout New Vegas Ultimate Edition

Bagi mereka yang teringinkan bom nuklear mini di dalam bilik mereka, boleh order kat sini. Jommmmm!

mini_nuke

Comments

comments